Isnin, 17 Disember 2012

Bersih mahu orang ramai jadi ‘pemantau’ saksi penipuan PRU 13


KUALA LUMPUR— Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merancang untuk mengundang lebih ramai “pemantau orang ramai” pada pilihan raya akan datang.

Kumpulan tersebut menubuhkan “Jom Pantau” dan “Jom 100”, tetapi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) berkata hari ini kempen tersebut akan diperluas pada Januari ini untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa.

Aktivis dan peguam itu berkata pilihan raya tidak akan bersih mengikut  apa yang Bersih 2.0 mahukan dan cara terbaik ialah pihak berkuasa sentiasa memeriksa peningkatan pengundi dan menggaji orang awam untuk memantau sebarang masalah pada hari pilihan raya.

“Adakah kita dapat melihat perubahan sebenar sebelum pilihan raya? Jawapannya, tidak,” katanya dalam sidang media bersama ahli jawatankuasa Bersih 2.0 di sini.

“Apa yang kami boleh lakukan ialah kami akan pastikan pilihan raya akan menjadi bersih dan adil,” katanya lagi.

Tiada ulasan: