Saya bukan sedih membaca laporan mengenai saranan Mufti Perak Harussani Zakaria yang menyuruh presiden Pas Abdul Hadi Awang menarik balik kata-kata yang dibuat Abdul Hadi 31 tahun yang dikategorikan sebagai Amanat Haji Hadi tetapi nak tergelak dan nampak sangat mufti itu tidak ada modal bagi mengekalkan populariti beliau dalam Umno.
Kenapa Saya bukan sedih tetapi hendak tergelak dan merasa amat lucu sekali dengan telatah "sekor" Mufti ini (meminjam istilah Najib membahasakan ketiga-tiga naib presiden Umno) dalam usaha mempertahankan Umno dan dalam masa sama menyerang Pas kerana terpaksa mengambil masa 31 tahun untuk membuat gesaan yang dianggap boleh menyedarkan orang Melayu agar menjauhi Pas.
31 tahun atau tiga dekad bukan satu masa yang pendek, tetapi lama.
Harussani: Jahil 31 tahun? |
Abdul Hadi mengeluarkan kata-kata disifatkan sebagai amanat itu pada tahun 1981 dalam majlis ceramah di Teluk Peradong, Terengganu. Ia telah terlalu lama dan isu ini pun tenggelam timbul. Yang nyatanya setiap kali kali ada pilihan raya maka Abdul Hadi dikaitan dengan amanah itu kononnya Pas mengkafirkan orang-orang Umno.
Jelas bahawa kenyataan atau amanah politik Haji Hadi itu juga dipolitikan oleh Umno dan ia bukan sesuatu mutlak menyentuh soal akidah. Kalau ia sesuatu yang serius kenapa dibiarkan begitu lama sampai 31 tahun tanpa diambil apa-apa tindakan? Seingat saya tidak ada mana-mana pihak membincang amanat politik Abdul Hadi itu secara tuntas. Ini bermakna amanat itu adalah amanat politik yang tidak menyangkut soal akidah dan maruah seseorang dan tidak perlu diperbesarkan.
Sekiranya ia membabitkan soal akidah dan maruah Umno dan umat Islam lain, sudah tentu Majlis Agama Islam Terengganu khasnya akan mengambil tindakan. Abdul Hadi akan didakwa di bawah undang-undang syariat negeri itu. Atau pun pihak pendakwa raya sendiri akan mendakwa Hadi dibawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata yang boleh menghuharakan keadaan.
Begitu juga Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang dan membuat keputusan terhadap kata-kata Hadi itu. Tetapi kenapa tidak ada? Sudah berapa banyak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan difatwa didalam hal-hal lain tetapi kenapa tidak kepada kata-kata Abdul Hadi?
Pembisuan ini mengesahkan bahawa kata-kata Hadi itu tidak mudarat. Institusi agama dan ulama lain memahami bahawa kata-kata amanat itu bersifat politik bukan yang teguh. Malahan Abdul Hadi sendiri tidak pernah dipukul ataupun darahnya setitik pun tidak mengalir ke bumi kerana dipukul oleh orang Umno dengan kata-kata itu. Apakah orang Umno semua pengecut, tidak... tetapi mereka sendiri memahami bahawa kata-kata Hadi itu adalah amanat politik yang tidak menjejaskan akidah dan kedudukan mereka sebagai seorang Islam.
Bukan itu saja orang-orang Pas juga akan bertindak ke atas Abdul Hadi Awang. Bukan sedikit di dalam Pas mereka yang mempunyai ilmu seluas Harusaani. Misalnya Dr Haron Din, dan beberapa ulama lain yang telah menjadi aruah tidak pun mempertikaikan kata-kata Abdul Hadi itu. Bahkan beliau terus mendapat dokongan untuk memimpin Pas, hari ini pula sampai diidolakan sebagai perdana menteri?
Jadi apa hal pula dengan Harussani tiba-tiba menyuruh Abdul Hadi menarik balik amanat yang berusia 31 tahun itu? Jawabnya mudah saja, Harussani yang kini telah menjadikan diri sebagai terompah kayu Umno redha ke mana saja terempoh itu dibawa bukan saja ke laman surau tetapi ada kalanya ke dalam jambtan tahi. Dan ada kalanya terompoh itu terjerlus ke dalam tandas.
Sikap Harussani itu sekali lagi menyebabkan wibawanya sebagai ulama yang sudah lama dipertikaikan terus dipertikaikan akan kredibilitinya. Orang akan beranggapan apakah beliau baru sedar perkara itu selepas hari ini atau semalam baru diberikan risalah mengenai ucapan Abdul Hadi itu oleh ketua penerangan Umno Ahmad Maslan.
Kalau Ahmad Maslan baru mengetahui hal amanat itu hari ini tidak mengapa, kerana dia baru berusia setahun jagung dan darah setampuk pinang sewaktu amanat itu dihebuhkan. Bahkan saya percaya Ahmad Maslan ketika ucapan itu dilapazkan Abdul Hadi beliau baru sembuh dari berkhatam beramai-ramai di Pontian, Johor.
Tetapi Harussani sudah sampai ke takah tujuh (bongkok tujuh) masakah tidak pernah mendengarnya. Malangaya kalau begitulah sikap dan perwatakan seorang mufti. Dia diharap menjadi petunjuk (hudan) kepada umat Islam sebaliknya semacam menjadi pesubahat dengan agenda-agenda politik yang busuk dan kohong.
Hadi: Amanatnya amanat politik. |
Apa yang dilakukan oleh Harussani itu, setelah amanat itu berlalu 31 tahun baru hendak 'menjatuhkan hukuman', ia satu kelewatan melampau. Tindakan itu orang akan suluh ianya ada udang di sebalik batu. Kalau kes itu semisalnya bahan buktinya sudah ditimbus seperti mayat manusia, nescaya ianya sudah mereput dan segala bukti tidak diperolehi lagi. Kelewatan itu juga menunjukkan apakah kerja mufti negara ini khasnya Harussaani sendiri.. apakah selama ini dia sendiri merasakan amanat itu hanya sampah saja?
Dalam tempoh itu sudah enam kali pilihan raya umum berlangsung, dan sudah tiga perdana menteri bertukar ganti. Ertinya sudah enam kali isu itu diangkat ke muka umum secara besar-besaran. Masakan beliau tidak mengetahui akan kisah amanat itu? Apakah waktu itu beliau merasakan kedudukan Umno tidak tercabar dan bakal hilang kuasa seperti kini, maka beliau mendiamkan saja? Kalau begitu cara berfikir dan Harussani melaksanakan tugas sebagai mufti maka jelas beliau seorang yang munafik dan pengkhianat kepada umat Islam.
Sekiranya amanat Hadi itu ternyata salah, bertentangan beliau tidak perlu tunggu 31 tahun. Atau paling lebih masuk tahun ke lima beliau sudah membuat saranan itu kepada Abdul Hadi secara jujur dan iklas atas sifat maslah bersama. Antara tugas besar mufti ialah menegur dan membimbing manusia ke jalan haq. Tetapi apabila dibiarkan 31 tahun dan menjelang pilihan raya ke 13, baru dia bersunggut maka nampak sangat saranan Harussani itu bukan dari atas kebenaran ajaran Islam tetapi ia didorong kerana sentimen politik melalu dan keterdesakan parti Umno yang akan tewas.
Ingin dijelaskan kerpada Harusanai kalau nawaitu dia membuat saranan tersebut untuk merendah-rendahkan dan membusuk-busukkan Abdul Hadi itu kerana mengharapkan umat Islam akan meninggalkan Pas dan kembali kepada Umno ia adalah sia-sia saja kerja itu persis menanam angin akan menuai asap saja. Orang Melayu dan Islam negara ini tidak mudah mabuk dan 'semabur' dalam fatwa-fatwa komersial seperti apa dilakukan Harussani itu.
Sebaliknya atas perbuatan Harusaani itu menampakkan yang beliau tidak siuman lagi dalam membuat fatwa atau pandangan yang adil dan saksama sesuai dengan kedudukan sebagai mufti. Pandangan dan teguran Harussani itu lebih merit membela Umno. Saya nak sebut juga disini takut Harussani sudah alpa bahawa Umno bukan agama jauh sekali ia adalah al-deen dinul hayat. Manakala tahu takut ke belakangan ini Harussani sudah menganggap Umno itu adalah sebuah agama bernama Islam maka ia perlu dipertahankan atas keyakinan mati dalam membela Umno mati syahid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan