Ahad, 9 Disember 2012

10 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Senyum


Kebanyakan daripada kita semua apabila nak berposing dan upload picture ke facebook, perkara pertama yang bermain dibenak kita semestinya adalah senyum. Namun senyum sebenarnya adalah lebih daripada itu. Ia bukan sekadar ekspresi wajah untuk bergambar semata-mata. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 fakta yang kita tidak ketahui tentang senyum.

Senyum Elok Untuk Tubuh
Setiap kali kita berkerut, kita secara tidak langsung menggerakkan 43 otok muka manakala apabila kita senyum kita hanya menggunakan 17 otot sahaja. Ada kajian mengatakan bahawa selalu senyum dapat mengurangkan tekanan darah. Tambah sedikit dengan gelak akan menyebabkan tubuh badan anda bersenam dengan sendirinya. Ketawa dapat menurunkan kalori sehingga 20%.

Senyum Ertinya Manusia
Satu perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah senyum. Senyum bukan perkara yang diajar tetapi ia mekanisma semulajadi yang berlaku sewaktu kita lahir. Kajian menunjukkan setiap bayi yang disambut akan senyum ketika 2 atau 3 jam selepas lahir.

Wanita Lebih Gemar Senyum
Fakta membuktikan bahawa wanita akan senyum 62 kali sehari berbanding lelaki yang hanya akan menunjukkan gigi (senyum) 8 kali sehari. Kajian ini dilakukan terhadap dua jantina yang mempunyai sama kerjaya kerana setiap tempat kerja mempunyai etika tersendiri.

Senyum Mempunyai Jenis dan Kelas
Gembira bukan satu-satunya perkara yang membuatkan kita tersenyum. Kajian menunjukkan manusia mempunyai 19 jenis senyuman. Ia bergantung kepada situasi dan emosi termasuk kebencian dan marah. Secara umum kita boleh menilai sama ada orang itu senyum ikhlas atau tidak.

Kecantikan Lahir Daripada Senyum
Apabila ditanya semasa soal-selidik di Scotland University, siapakah pelajar yang paling menarik? Masing-masing menuding jari ke arah mereka yang sedang senyum. Dalam laporan kajian, 69% wanita nampak muda dan menarik apabila senyum berbanding yang hanya menggunakan solekan semata-mata.

Senyum Panjangkan Hayat
Universiti Illinois telah melakukan sebuah kajian di mana apabila seseorang itu gembira dan selalu senyum hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding yang tidak. Manakala kajian pada atlet pula boleh mencapai 7 tahun lebih.

Perkahwinan Yang Bahagia Datang Daripada Senyuman
Pengkaji di DePauw Uniersity pula mendapati pasangan yang mengukir senyuman dengan kerap kebiasaannya adalah pasangan yang paling erat. Kerana senyum mampu membuat bukan sahaja keluarga bahagia malah orang disekeliling juga turut tertarik untuk bersama-sama gembira dan membentuk hubungan positif.

Senyum Tingkatkan Hormon Gembira
Senyum menurut kajian sains akan melepaskan hormon endorphins, hormon yang membuat manusia suka. Bukan itu sahaja malah ia juga meningkatkan bahan kimia dipanggil Serotonin iaitu bahan kimia yang mengurangkan tekanan dalam badan.

Lawan Demam Dengan Senyuman
Tahukan anda bahawa apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan anti-body dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

Senyum Itu Wabak
Semasa kajian atau eksperimen dijalankan di Sweden, peserta yang terlibat menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk berkerut apabila melihat peserta lain senyum ke arah mereka. Apa yang terjadi tanpa disedari mereka akan senyum kepada mereka semula. Mulalah untuk senyum kerana satu dunia akan seyum kepada anda. http://mydecrescendo.

Tiada ulasan: