Pendahuluan
Pelbagai reaksi telah timbul semenjak pengumuman dasar gaji minimum, antaranya termasuk desakan terkini oleh Terengganu Chinese Chamber of Commerce and Industry, supaya negeri Terengganu dikecualikan daripada pelaksanaan dasar gaji minimum (1) dan sebelum itu, respons Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Negeri Sarawak Mohamad Ibrahim Hamid bahawa dasar tersebut tidak melakukan keadilan terhadap pekerja di Sarawak. (2)
Dalam ucapan Majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta, Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri) mengumumkan penetapan gaji minimum bagi negeri Sabah dan Sarawak sebanyak RM 800 sebulan atau RM 3.85 sejam. Menurut beliau, perbezaan di antara gaji minimum bagi Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia berikutan perbezaan di antara struktur upah dan kos sara hidup yang ketara di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Maznah Mazlan, penetapan gaji minimum bagi Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi daripada paras gaji kini.
Oleh itu, gaji minimum sebanyak RM800 diputuskan menurut median wage kini kedua-dua negeri tersebut. Beliau mengulas bahawa median wage kini bagi Sabah dan Sarawak ialah RM577 dan RM738 masing-masing.(3)
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, reaksi pelbagai pihak khususnya berhubung dakwaan bahawa kos taraf hidup di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi daripada Semenanjung tidak wajar dipandang ringan oleh kerajaan. Pelaksanaan dasar baru merupakan peluang terbaik untuk kerajaan memperbaiki keadaan sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung yang selama ini tidak diberikan pertimbangan sewajarnya oleh pembuat dasar di Semenanjung.
Pelbagai pihak daripada Sarawak telah membangkitkan isu bahawa kos sara hidup di Sarawak adalah 15-25% lebih tinggi daripada Semenanjung. Mereka yang mempunyai pekerjaan di pasaraya memperoleh pendapatan kurang daripada RM500 sebulan dan para pekerja yang bekerja di suatu pusat membeli belah popular di Kuching hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM2.30 sejam. (4)
Begitu juga keadaanya di Sabah. Sebagai contoh, sebuah kereta manual Proton Persona 1.6 B-Line berharga RM 46,713 di Semanjung sementara di Sabah dan Sarawak, kereta jenis sama berharga RM49,256. (5) Keadaan sebegitu rupa mempengaruhi paras kemiskinan yang melanda Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2010, ia telah dianggarkan bahawa 1.8 juta daripada 3.25 juta penduduk di Sabah hidup di bawah paras kemiskinan. Ia adalah 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Sabah.(6)
Dalam ucapan beliau, (7) Najib menyatakan bahawa, penetapan kadar gaji minimum ini adalah berdasarkan keperluan asas sesebuah keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, peningkatan produktiviti, peningkatan kos sara hidup dan kedudukan pasaran buruh negara. Namun begitu, penetapan gaji minimum ini tidak menangani masalah taraf hidup di Sabah yang lebih tinggi daripada Semenanjung kerana masih adanya, dasar kabotaj yang menyebabkan peningkatan harga barang di Sabah.
Selain itu, indeks harga pengguna di Sabah dan Sarawak tidak banyak berbeza dengan Semenanjung di mana peningkatan peratus harga barangan di Sabah dan Sarawak mengalami keadaan yang sejajar dengan Semenanjung.
Gaji minimum yang telah diumumkan oleh Najib tidak akan membantu penduduk Sabah dan Sarawak keluar dari belenggu kemiskinian, kerana menurut World Bank Research, Sabah dan Sarawak akan terperangkap dalam belenggu kemiskininan pada masa yang lama kerana langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mencukupi untuk membanteras belenggu kemiskinan di Sabah dan Sarawak.(9)
Jika kerajaan BN serius dalam membela nasib penduduk Sabah dan Sarawak, penetapan gaji minimum seharusnya tidak dilakukan secara berasingan. Dalam menangani isu, ini, kerajaan BN seharusnuya menyelesaikan masalah dasar kabotaj yang "mensabotaj" peluang Sabah menjadi negeri maju.
Dasar Kabotaj Mensabotaj Dasar Gaji Minimum
Kerajaan BN pada tahun 2009, telah menjanjikan untuk meliberalisasikan dasar kabotaj akan tetapi, sehingga kini, ia masih belum dilaksanakan.(10) Dasar kabotaj dilaksanakan pada 1 Januari 1980 bagi merizabkan pengangkutan barangan dalam perdagangan domestik kepada kapal kontena yang mengibarkan bendera Malaysia. (11) Ini secara tidak langsung mengakibatkan harga barangan di Sabah lebih tinggi daripada harga barangan di Semenanjung. Perbezaan harga yang disebabkan oleh dasar kabotaj adalah sebanyak 20-30 peratus (12), lantas mempengaruhi taraf hidup yang tinggi di Sabah.
Jumlah kapal kontena yang didaftar di Kota Kinabalu adalah lebih rendah berbanding Pelabuhan Klang, Pelabuhan Penang, Kuching dan Labuan. Diambil bersama kos pengangkutan, cukai dan sebagainya, menjadikan taraf hidup di Sabah lebih tinggi berbanding Semanjung maka, jika kos taraf hidup tidak dikurangkan, penetapan gaji minimum tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada penduduk negeri Sabah.
Malah, dengan kenaikan harga barang yang kian meningkat, ia merupakan suatu perkara yang tidak logik untuk menetapkan gaji minimum pada RM900 sebulan di Semenanjung dan RM 800 di Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana garis paras kemiskinan di Semenanjung ialah RM764, manakalah garis paras kemiskinan di Sabah dan Sarawak ialah RM1,048 dan RM912 masing-masing.(14)(15) Gaji di Sabah dan Sarawak seharusnya sama atau lebih tinggi daripada gaji minimum di Semenanjung.
KDNK negara mengalami peningkatan setiap tahun akan tetapi, apabila dibandingkan dengan negara lain seperti negara Thailand dan Mesir, Malaysia masih berada di tangga belakang mereka seperti yang ditunjuk oleh graf di bawah.
Nescaya, gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan BN adalah terlalu rendah untuk rakyat Malaysia menghadapi kenaikan harga barang yang tidak menunjukkan sebarang petunjuk untuk menurun. Jadual 4 menunjukkan bagi tahun 2011, Pariti Kuasa Beli Malaysia berbanding dengan negara jiran, Indonesia adalah jauh lebih rendah. Pariti Kuasa Beli negara Indonesia adalah pada USD1,030 bilion manakala Pariti Kuasa Beli di Malaysia hanyalah USD 414.4 bilion. Malaysia juga lebih ke belakang berbanding Pariti Kuasa Beli Pakistan yang bernilai USD464.9 bilion dan negara Iran di mana Pariti Kuasa Belinya adalah sebanyak USD818.7 bilion.
40 tahun lalu, Malaysia berada pada paras yang sama bersama Korea Selatan dari segi ekonomi akan tetapi, pada tahun 2011, rakyat di Korea Selatan mempunyai Pariti Kuasa Beli 17% kali ganda lebih tinggi daripada rakyat di Malaysia.(18) Walaupun kerajaan BN telah menetapkan gaji minimum akan tetapi dengan peningkatan KDNK negara, Pariti Kuasa Beli rakyat adalah sangat lemah berbanding negara maju yang lain. KPRU ingin menegaskan bahawa faktor penstrukturan semula jurang perbezaan sosio-ekonomi merentasi negeri khususnya Sabah dan Sarawak wajar dipandang serius ekoran pengumuman dan pelaksanaan dasar gaji minimum.
Perbandingan Gaji Minimum Negara Luar
Gaji minimum yang baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan BN bukanlah suatu fenomena yang baru. Ia sudah lama dilaksanakan oleh banyak negara lain sebagai jaringan keselamatan untuk para pekerja yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.
Hong Kong merupakan negara terkini menyertai senarai negara melaksanakan gaji minimum dalam rantau Asia Pasifik. Pada bulan Januari 2011, kerajaan Hong Kong meluluskan undang-undang yang berkuatkuasa 1 Mei 2011 bagi memperkenalkan gaji minimum iaitu sebanyak HKD28 sejam, bersamaan dengan RM11 sejam.<19> Menurut kerajaan Hong Kong, tindakan sedemikian diambil bagi mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin dalam masyarakat Hong Kong. Ini dilakukan walaupun, sebelum ini, telah pun wujudnya gaji minimum yang ditetapkan buat pekerja asing khususnya pembantu rumah asing, iaitu sebanyak HKD3,740 sebulan, bersamaan dengan RM1,470 sebulan.<20>
Di Brazil pula, sebuah negara yang kini menuju ke arah kemajuan dan pembangunan pesat seperti Malaysia, turut meningkatkan kadar gaji minimumnya sebanyak BRL 543 sebulan (bersamaan dengan RM864.49 sebulan) selepas Dilma Rousseff, Presiden Brazil mengambil alih jawatannya pada 1 Januari 2011.<21> Walaupun pariti kuasa beli (PKB) per kapita di Brazil agak ketinggalan daripada negara kita, namun gaji minimum yang ditetapkan di negara tersebut adalah tidak jauh berbeza berbanding di Malaysia.
Sebuah negara lagi yang berada dalam rantau Asia Pasifik, iaitu Australia, menetapkan sebanyak AUD15.51, bersamaan denganRM48.15 sebagai gaji minimumnya bagi upah bekerja satu jam.<22>Gaji minimum yang tinggi ini sememangnya tidak dapat ditandingi oleh kerajaan Malaysia, memandangkan kadar gaji minimum di Malaysia hanya mencapai RM4.33 sejam bagi pekerja di Semenanjung Malaysia, dan RM3.85 sejam bagi tenaga kerja di Sabah dan Sarawak.
Di rantau Amerika Utara pula, pada Julai 2009, kerajaan Amerika Syarikat mula meningkatkan gaji minimumnya dan kini ia mencatat USD7.25 sejam, iaitu RM22.14 sejam. Negeri-negeri dalam Amerika Syarikat mempunyai autonomi untuk menetapkan gaji minimum bagi negeri masing-masing, dan kebanyakan negeri menetapkan gaji minimum yang lebih tinggi daripada kadar yang ditentukan dalam peringkat persekutuan. Seperti contohnya, gaji minimum yang tertinggi di kalangan lima puluh negeri di Amerika Syarikat ialah di ibu kotanya Washington, di mana gaji terendah ditetapkan pada kadar USD8.67,diikuti pula dengan negeri Oregon dengan gajinya USD8.50 sejam.<23>
Gaji Minimum Tidak Bermaksud Pengangguran
Aspek penting yang harus diberikan perhatian dan penekanan di sini ialah tanggapan yang terlalu simplistik bahawa gaji minimum yang lebih tinggi akan mengakibatkan peningkatan indeks pengangguran. Ia merupakan sangkaan yang tidak berasas. Hal ini terbukti dengan perbandingan antara indeks pengangguran di Australia dan Amerika Syarikat. Data-data yang disediakan di atas telah menunjukkan bahawa gaji minimum yang dilaksanakan di Australia adalah lebih tinggi berbanding dengan Amerika Syarikat, namun kadar pengangguran yang tercatat di Australia ialah lebih rendah, iaitu sekadar 4.2%, manakala Amerika Syarikat pula mencapai kadar 9.4 peratus.<24> Fakta ini sejurus menafikan alasan yang diberikan oleh sesetengah pihak dalam menolak gaji minimum yang lebih tinggi seperti yang dituntut oleh persatuan pekerja.
Gaji Minimum dan Golongan Pendapatan Sederhana
Persoalan lain yang timbul, apakah kesan gaji minimum kepada golongan yang berpendapatan sederhana. Negara kita dilihat sebagai "syurga" kepada pekerja asing berkemahiran rendah, akan tetapi bagi sebuah negara yang berpendapatan rendah, gaji minimum yang bernilai rendah ini seperti persimpangan jauh dari cita-cita negara Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Juga, bagi mereka yang berpendapatan RM2000-3000, gaji minimum ini tidak akan membantu mereka keluar dari perangkap pendapatan sederhana.
Menetapkan gaji minimum merupakan suatu langkah pertama untuk menghapuskan kemiskinan, akan tetapi, gaji minimum kerajaan BN tidak akan membantu masalah golongan berpendapatan sederhana untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana selagi negara kita terperangkap dalam negara berpendapatan sederhana (middle income trap). Status negara maju tidak akan dicapai jika golongan berpendapatan sederhana tidak diberi insentif untuk menjadi golongan profesional yang berpendapatan tinggi dalam konteks penstrukturan semula ekonomi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.
Penutup Kata
Kembali semula kepada kata-kata Najib, "Sesungguhnya, kejayaan Malaysia semalam, hari ini dan hari muka tidak mungkin tercipta tanpa sumbangan dan jasa Tuan-Tuan dan Puan-Puan para pekerja Malaysia… Negara dan rakyat Malaysia tidak boleh sekali-kali alpa."
Akan tetapi, langkah yang diambil oleh kerajaan BN tidak mencerminkan kesungguhan dan keazaman untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Sebaliknya, usaha kerajaan BN mencerminkan taktik memancing undi rakyat menjelang pilihan raya yang akan datang ini. Ia juga mencerminkan kerajaan BN, dalam keadaan terburu-buru yang kini merupakan situasi biasa bagi sebuah kerajaan yang mengutamakan kepentingan pihak-pihak tertentu dan bukan rakyat terbanyak; telah memberikan keizinan pihak tertentu untuk terus mengeksploitasi para pekerja dalam negara. Di sebalik mengutamakan kepentingan rakyat, kerajaan BN mengutamakan sifat tamak keuntungan majikan yang bukan sebuah sifat berkonsepkan Wasatiyyah yang begitu diwar-warkan oleh kerajaan BN.
KPRU berpendapat, Kerajaan BN sekali lagi membentangkan sebuah dasar yang kekurangan kandungan mampan dan kajian terperinci. Kelulusan dasar ini mencerminkan sebuah organisasi yang kurang perancangan jangka masa panjang. Kerajaan BN alpa dengan realiti sebenar negara. Di mana, pada kesudahannya, rakyat yang menjadi mangsa kealpaan kerajaan BN.
Di manakah hala tuju negara ini kerana dengan jelasnya, negara ini tidak menuju hala ke sebuah negara berstatus pendapatan tinggi. Jika kerajaan BN benar-benar telus dalam melaksanakan tugasnya sebagai pentadbir negara ini, maka, seharusnya, dasar ini ditunda dan dikaji semula bagi betul-betul mendalami kehendak dan keperluan rakyat terbanyak dan bukannya sesetengah pihak sahaja.

Rujukan
<1>Sin Chew Daily, 28 Mei 2012.
<2>http://borneocolours.com/thebuzz/79-borneo/5970-minimum-wage-not-fair-for-sarawak-cries-mtuc-chairman
<3>http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/east-malaysia-wage-floor-set-above-median-says-deputy-minister/
<4>http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/02/minimum-wage-half-baked-attempt/
<5>http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/02/cabotage-policy-keeping-east-malaysians-poor/
<6>http://archive.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/sabah-and-sarawak/4342-60-percent-poverty-rate-in-sabah-and-sarawak-says-ngo
<7>http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&page=1676&news_id=595&speech_cat=2
<8>http://www.mef.org.my/CPI/CPI1112.pdf
<9>http://www-wds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/2011/11/28/000333038_20111128230438/Rendered/PDF/656130REVISED00er020110Smart0Cities.pdf
<10>http://www.sapp.org.my/economy/110113_fmt_cabotage_policy.asp
<11>http://www.portsworld.com/law/fpage3.htm
<12>http://suarasabah.wordpress.com/2010/06/04/the-cabotage-policy/4/
<13>http://suarasabah.wordpress.com/2010/06/04/the-cabotage-policy/2/
<14>http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/01/illogical-minimum-wage-najib-under-fire/
<15>http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12834
<16>http://www.google.com.my/publicdata/explore?ds=d5bncppjof8f9_&met_y=ny_gdp_mktp_cd&idim=country:MYS&dl=en&hl=en&q=gdp+malaysia#!ctype=l&strail=false&bcs=d&nselm=h&met_y=ny_gdp_mktp_cd&scale_y=lin&ind_y=false&rdim=region&idim=country:MYS&ifdim=region&hl=en_US&dl=en&ind=false
<17> http://www.indexmundi.com/g/r.aspx?c=my&v=65
<18>http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/40601-malaysians-have-lost-their-purchasing-power
<19>http://www.nytimes.com/2011/04/14/business/global/14wage.html?_r=1&emc=tnt&tntemail0=y
<20>http://www.immd.gov.hk/ehtml/faq_fdh.htm
<21>http://www.investopedia.com/financial-edge/0111/7-Countries-Raising-The-Minimum-Wage.aspx#axzz1uAa0axwi
<22>http://www.fairwork.gov.au/pay/national-minimum-wage/pages/default.aspx
<23>http://www.investopedia.com/financial-edge/0111/7-Countries-Raising-The-Minimum-Wage.aspx#axzz1uAa0axwi
<24>http://fauxcapitalist.com/2010/06/30/australia-has-15-an-hour-minimum-wage-and-is-ranked-more-economically-free-than-the-u-s/

*Teks penuh dengan carta dan jadual boleh dibaca di KPRU.
**Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change)
merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan
pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada
rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

14 comments:
penetapan gaji minimum kenalah diseragamkan di seluruh negara.
The government has ruled the minimum wage policy for Sabah.
I don't think BN has something to do with this. The opposition will do the same either.
The opposition love to make something out of it and make it big as possible. Wasting time.
Ini terpulang kepada majikan masing2. Jika mereka sudi memberikan gaji seperti itu, maka itu la.
Terpulang kepada majikan.
Even if the minimum wages is implemented, it doesn't mean that the manager would be willing to pay that amount.
I don't think the opposition would increase the min wages if they are the government. I'm sure they will also set the minimum wages RM800 in sabah and sarawak because there are private companies that couldn't afford paying that much to their employee.
I must agree with unknown's comment regarding the opposition. They would always make any matter turn into issues just so that they could get the people go against the government.
Ukur baju di badan sendiri. Bukan semua majikan mampu bayar gaji minimum yang tinggi jika keuntungan mereka sendiri kecil. Masih terlalu awal untuk condemn isu gaji minimum ini.
Gaji minimum ini baru di peringkat permulaan dan akan naik juga nanti mengikut masa. Mereka yang mempolitikkan isu ini sebenarnya hanya mahu tarik perhatian.
Rasanya gaji minimum itu dikira baik telah dilaksanakan. Tapi kita harap akan ada kajian lebih lagi mengenai perkara ini.
pihak yang memperjuangkan gaji minimum yang lebih tinggi sanggupkah bertanggungjawab sekiranya jumlah penganggur di negara ini meningkat? atau harga barang dan perkhidmatan di negara ini meningkat?
pelaksanaan gaji minimum ini sebenarnya sudah cukup untuk memberikan kelegaan kepada rakyat di negara ini bahawa kerajaan berusaha mengimbangi jurang kemiskinan di negara ini.. apa salahnya pelaksanaan awal ini meletakkan gaji diparas itu berbanding dengan paras gaji sebelum ini?? bukankah kerajaan berjanji akan menganjakkan paras itu di kemudian hari??
Post a Comment