Saturday, January 7, 2012

Polis tangkap suspek sembur 'grafiti 901 '

Polis menahan beberapa individu di Kuala Lumpur kerana didakwa melakukan vandalisme yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.

"Saya boleh mengesahkan tangkapan dibuat," kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Khalid.

Bagaimanapun, Wan Abdul Bari tidak dapat mengesahkan jumlah individu yang ditahan atau lokasi tempat kejadian.

"Saya masih mengumpul maklumat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dipercayai individu berkenaan ditahan kerana menyembur cat 'TTR901'.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada grafiti itu ada kaitan dengan perhimpunan menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana keputusan perbicaraan kes liwat terhadapnya akan diumumkan pada 9 Januari ini.

No comments: