Tuesday, November 1, 2011

Wakil BN persoal 'kejayaan' P Pinang kurangkan hutang

MALAYSIA KINI

Penduduk Pulau Pinang perlu diberitahu bahawa “kejayaan” kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

NONE"Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?” kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu.

Isnin lalu, ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berhutang sebanyak RM630.13 juta pada Mac 2008 tetapi sehingga September tahun ini, jumlah hutang telah berkurangan kepada RM29.66 juta disebabkan antara lain penghijrahan aset air kepada PAAB melalui perjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun lepas.

Dalam perbahasannya, Azhar yang juga ketua pembangkang di dewan itu, meminta kerajaan negeri menjelaskan mengapa sejak pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Pulau Pinang tahun 2008, tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.

"Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) buat apa? Ini untuk kepentingan rakyat. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.- Bernama

No comments: