MALAYSIA KINI
Bekalan lembu hidup dijangka mencukupi untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin.
Beliau berkata, sebanyak 53,300 ekor lembu disediakan untuk tujuan itu dengan 47,000 lembu daging hidup diimport dari Australia, 4,000 diimport dari Thailand dan selebihnya adalah sumber dari dalam negara.
"Lembu-lembu dari Thailand dan Australia diimport oleh syarikat-syarikat yang telah diberi permit, manakala lembu hidup dalaman adalah dari projek-projek integrasi Felda dan RISDA di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai harga ayam, daging lembu dan kambing di pasaran runcit sempena sambutan Aidiladha ini, Aziz berkata, harga yang ditetapkan dijangka stabil sehingga tiba musim perayaan itu kerana persediaan awal dan bekalan yang mencukupi sudah dilaksanakan untuk menampung permintaan pengguna.
Menurutnya harga ayam runcit/sembelih adalah RM7.80 sekilogram, daging lembu tempatan RM22.50 sekilogram, daging kerbau India RM12 sekilogram, daging kambing tempatan RM32 sekilogram, manakala harga daging kambing import adalah RM28 sekilogram.- Bernama

No comments:
Post a Comment