Sebelum ini, Lim dimasukkan dalam satu kajian personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa.
Kajian itu mendapati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim menyaksikan populariti mereka merosot.
Kajian itu juga menunjukkan peningkatan populariti untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Lim berkata kajian berkenaan populariti itu bukan suatu yang penting, kerana ramai lagi pemimpin di negara ini yang lebih popular. Beliau juga tidak menganggap kejatuhan populariti sebagai suatu perkara yang amat merisaukan.
"Untuk saya yang penting bukan populariti yang penting bahawa ialah usaha kerajaan yang berjiwa rakyat yang memartabatkan rakyat, program-program yang kita lancarkan kita harap dapat sempurnakan tugas ini untuk menubuhkan dan mengekalkan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat yang memartabatkan rakyat," katanya disini.
Guan Eng berkata lagi, beliau agak terkejut namanya tersenarai dalam kajian pemimpin yang popular sedangkan sebelum ini tidak tersenarai dan menganggapnya satu kemajuan.
"Saya rasa saya bukan pemimpin yang paling popular, jadi saya rasa itu bukan sesuatu yang penting untuk saya,yang popular sudah tentu pemimpin lain seperti Datuk Seri Anwar,atau Nik Aziz atau Najib.
"Jadi saya pun terkejut ,mengapa saya, bahawa nama saya dimasukkan. Sebab itu, kalau menyebut bahawa saya kurang popular sebelum ini, nama saya pun tidak tersenarai, jadi ia satu kemajuan untuk saya," katanya.
No comments:
Post a Comment