Monday, August 1, 2011

PR Yakin Tambah Kerusi DUN Johor

Ditulis oleh Anna Farina


SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng yakin Pakatan Rakyat mampu memenangi lebih dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan simulasi pilihanraya Umno seperti yang dilapor The Malaysian Insider hari ini.

"Pakatan Rakyat di Johor daripada anggaran kita mungkin dapat lebih daripada 15. Kita mahu mewar-warkan perkara ini, dan Pakatan Rakyat sudah buat persediaan dan kali ini kita lebih bersedia berbanding PRU 12," kata beliau.

Johor Darul Takzim mempunyai 56 kerusi Dun, dimana PR memenangi 6 kerusi dalam PRU lepas. Chua yakin PR mampu mencatatkan kejutan dalam PRU-13 melihat kepada momentum sokongan rakyat.

"Kita tahu PR ada potensi untuk juga mendapat balik Perak. Isu rampas kuasa itu diketahui oleh orang Perak dengan itu, kemarahan undi-undi atas pagar telah menambah," tegas Chua.

BN telah mentadbir Johor sejak lebih 50 tahun. Negeri itu mencatatkan kos kehidupan antara yang tertinggi di negara ini.

No comments: