Monday, August 29, 2011

DAP: pecat mereka yang siar laporan 'murtad' di RTM1

MALAYSIA KINI


DAP mengecam satu laporan RTM1 yang mengaitkan pemimpin pembangkang dengan kumpulan Facebook "Murtad di Malaysia & Singapura".

NONEIa disiarkan dalam berita perdana di RTM1 jam 8 malam tadi.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua berkata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim mesti bertanggungjawab terhadap apa yang didakwanya "laporan paling keji" dan mahu mereka yang bertanggungjawb dipecat serta-merta.

RTM1 telah menekankan dakwaan kaitan pemimpin DAP seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Boo Cheng Hau, Ean Yong Hian Wah dengan kumpulan tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua menganggapnya sebagai "keji dan menjijikkan".

NONEMalah, kata ahli parlimen PJ Utara itu, RTM1 meletakkan
tumpuan kepada pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, seolah-olah beliau mengkhianati agamanya sendiri.

Pua berkata, laporan tersebut jelas untuk membakar sentimen dan kemarahan di kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini, terutama terhadap Pakatan Rakyat, dengan "mengaitkan" pemimpinnya sebagai sebahagian daripada kumpulan tersebut.

No comments: