Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR: PAS Kelantan yakin golongan muda di negeri itu tetap bersama mereka meskipun Umno BN dilihat sedang giat mendekati golongan ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, PAS sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk Umno BN yang ingin menawan kira-kira 400,000 pengundi muda pada pilihan raya umum ke-13. "Setakat ini PAS Kelantan masih dapat menguasai golongan muda samaada yang tinggal di Kelantan atau di luar Kelantan dan kita sentiasa memberi penjelasan mengenai isu-isu yang sering dibangkitkan Umno seperti isu tanah, ladang rakyat dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui di Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin. Mengulas mengenai kempen Gelombang Merah yang dilancarkan Umno Kelantan, Ahmad mendakwa Umno cuba mengambil kesempatan menyamakan gelombang itu dengan kemaraan pasukan bola sepak Kelantan Red Warrior. "Gelombang Merah ini sebenarnya peringkat awal sahaja nampak Umno bersemangat kerana dia mengambil kesempatan dengan kebangkitan pasukan bola Kelantan. "Maka dia cuba nak menggunakan semangat bola sepak kelantan itu dengan kebangkitan Gelombang Merah," katanya. Namun kata Ahmad, PAS Kelantan menjelaskan kepada rakyat khususnya golongan muda bahawa Gelombang Merah itu tiada kaitan dengan pasukan bola sepak negeri itu. "Selepas itu rakyat faham dan PAS juga berusaha untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa gelombang merah tidak ada kait mengait dengan bola dan PAS pun buat gerakan juga iaitu Tegakkan Islam Hancurkan Jahiliyah," katanya. Tambahnya juga, kempen itu dilihat gah kerana mendapat bantuan media arus perdana yang menghebahkan kempen tersebut. "Gelombang Merah pada peringkat awal dilihat berjaya kerana dibantu media arus perdana tapi kita dapat jelaskan kepada golongan muda dengan cara turun padang menemui mereka," katanya. Februari lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja. Kempen itu bagi mengalihkan sokongan golongan muda daripada PAS kepada Umno BN. |
Monday, August 1, 2011
Golongan muda tetap bersama PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment