KUALA LUMPUR: Lebih 150 pendatang tanpa izin sekitar ibu kota, di sini, hari ini kecewa apabila kaunter pendaftaran Imigresen difirma yang dipertanggungjawabkan kerajaan untuk program pendaftaran biometrik, tidak dibuka sejak awal pagi.
Kelewatan itu dipercayai berpunca daripada masalah sistem online imigresen yang tidak diboleh dicapai sejak dibuka 8 pagi tadi.
Pengarah agensi pekerjaan STA Sdn Bhd, Datuk raja Zulkepley Dahalan, berkata pihaknya amat kesal dengan kesulitan yang dialami pekerja asing terbabit dan memohon maaf atas masalah yang berlaku.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata caj itu hanya dikenakan kepada PATI yang mengguna khidmat syarikat pengurus dan tidak dikenakan bayaran jika menguruskan sendiri proses pendaftaran dengan Jabatan Imigresen.
Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju membenarkan syarikat pengurus mengenakan caj tidak melebihi RM300 kepada PATI yang mendapat khidmat mereka bagi program pemutihan yang akan dilaksana tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment