MUAR — Umno tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, berlainan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, pihaknya tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.
Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih lama PAS berada di dalam pakatan pembangkang, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.
“Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“PAS sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” katanya. Muhyiddin yang juga Ketua Umno Pagoh berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Pagoh di Kompleks Sri Pekembar hari ini.
No comments:
Post a Comment