Kali ini, akhbar itu merujuk tindakan beberapa tokoh pembangkang Turki yang secara sukarela meletakkan jawatan selepas didakwa terbabit dalam skandal video seks.
Menurut ruangan Bisik-bisik Awang Selamat, skandal di Turki itu hampir sama seperti apa yang dialami oleh Anwar. Tetapi berbeza dengan ketua umum PKR itu, ahli politik Turki berkenaan memilih mengundurkan diri.
Ini adalah kali kedua berturut-turut Awang membidas Anwar dan menuntut beliau supaya berhenti daripada berpolitik.
“Pendedahan skandal seks di Turki itu disiarkan beberapa kali di muka depan Utusan Malaysia pada awal minggu ini. Banyak iktibar yang boleh diambil dan dijadikan renungan apatah lagi dalam konteks skandal Anwar.
Bersama pelacur
“Sama ada dalam kes (Pengarah Urusan IMF Dominique) Strauss Kahn apatah lagi skandal di Turki, tanggungjawab moral mengatasi segala-galanya,” tulis Awang yang merupakan nama samaran bagi editor-editor kanan Utusan.
Baru-baru ini, sekurang-kurangnya 10 pemimpin Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) meletakkan jawatan parti selepas video yang memamaparkan mereka sedang melakukan hubungan seks di sebuah rumah disebarkan di internet.
Artikel itu kemudiannya diteruskan dengan melaporkan meskipun pihak berkuasa berkata video seks Carcosa itu disahkan ketulenannya oleh pakar dari Amerika dan Korea Selatan, tetapi Anwar masih menafikannya.
Awang seterusnya secara eksplisit mendakwa Anwar adalah lelaki dalam video berkenaan.
“Anehnya, Anwar yang terang-terang wajahnya dalam aksi video seks bersama seorang pelacur, masih terus menegak benang basah... Seperti biasa, Anwar sebaliknya menuduh semuanya itu adalah konspirasi. Ini bukan kali pertama skandal seks melibatkan Anwar,” tulis Awang lagi.
Meliwat pemandu
Akhbar milik Umno itu kemudian mengimbas bahwa Anwar pernah didakwa di mahkamah lebih sedekad lalu kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.Menurut artikel itu, walaupun Anwar dibebaskan dengan keputusan 2-1 oleh tiga hakim yang bersidang tetapi aktiviti homoseksual tidak ditolak oleh hakim.
“Kami mendapati bukti untuk mengesahkan bahawa perayu (Anwar) terbabit dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih terdorong untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivolli Villa, benar terjadi,” kata Hakim, Abdul Hamid Mohamad ketika membacakan penghakiman pada 2004, petik tulisan di Bisik-bisik itu.
Menurut Awang, beliau percaya, ramai yang terlepas perhatian tentang fakta tersebut.
“Dengan kata lain, Anwar bernasib baik kerana terdapat kelemahan teknikal dalam pendakwaan, menyebabkan gagal memberikan bukti yang melampaui keraguan munasabah,” katanya.
No comments:
Post a Comment