NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah, menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) melakukan penyiasatan secara menyeluruh berhubung dakwaan kononnya ada pelajar wanita institut pengajian tinggi (IPT) di Sabah terlibat dengan aktiviti memperdagangkan diri secara sambilan semata-mata mencari sumber kewangan bagi menampung pelajaran mereka.
Katanya, pihak KPT wajar menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu kerana profesion tertua ini mungkin mempunyai rangkaian antarabangsa yang menjadi dalang kepada aktiviti itu.
“Kita menyarankan pihak tertentu terutamanya KPT dan Polis supaya merapatkan kerjasama mereka sehingga kes ini terungkai sehingga ke akar umbi,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Sabahkini.net.
Kata Jimmy, kemungkinan besar kes ini sudah menular begitu lama tetapi tidak disedari sebelum ini; sehubungan itu beliau meminta agar pihak yang bertanggung jawab sebagai dalang kes ini dapat dicekup dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana perbuatan itu amat memalukan Negara.
Tambahnya lagi, kejadian tersebut amat mengejutkan banyak pihak dalam negara kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi insiden itu didakwa berlaku di Sabah.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Tenom berkata demikian ketika mengulas isu tersebut yang dicetuskan oleh Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Bersatu (UPKO), Datin Dr. Jaina Sintian semasa Simposium Pendidikan Wanita UPKO di Penampang baru-baru ini.
Dr Jaina yang dipetik sebagai berkata, fenomena tersebut memang wujud hampir seluruh IPT di negeri ini melalui rangkaian yang tersembunyi tanpa disedari oleh pihak pengurusan IPT terbabit.
Menyedihkan lagi, apabila perbuatan mereka (pelajar) bukan secara paksaan tetapi atas kehendak mereka sendiri kerana didorong oleh masalah kekurangan kewangan sepanjang sesi pengajian IPT.
Monday, December 6, 2010
SEMAKIN RAMAI PELAJAR IPT SABAH MELACUR?
Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
Sesiapa yang ada maklumat patut membantu siasatan supaya tindakan yang wajar boleh diambil.
Ini adalah cara yang salah untuk mendapat sumber kewangan. Diharap kerajaan akan mencari cara untuk membantu pelajar2x IPT itu.
Tidak perlu mencari alasan ini untuk menampung pembelajaran. Nak sangat bergaya itu adalah salah satu punca mengapa berlakunya aktiviti ini di kalangan pelajar IPT.
Sungguh menyedihkan... Ke mana hilangnya maruah dan harga diri seorang insan :(
Kaji punca hal ni dan cari jalan penyelesaiannya. Saya yakin setiap masalah pasti dapat diselesaikan asalkan ada kesungguhan. Jadi sesiapa yang ada maklumat tu tampilah bantu siasatan.
Kerajaan harus campur tangan dalam hal ni. Jangan biarkan saja, nanti keadaan bertambah teruk...
Keluarga pun harus memainkan peranan mereka sebaik mungkin. Jangan biarkan anak2 kita hanyut dengan perkara tak bermoral!
Apapun pelajar sendiri harus lebih tahu apa yang perlu dilakukan... Janagn biarkan diri tergadai semata-mata mahu hidup mewah.
kerajaan perlu memastikan semua IPT menyediakan asrama untuk golongan wanita serta mengurangkan sekatan2 dalam asrama sebagai langkah mengawal tindak tanduk mereka dari terus menikmati kebebasan melampau.
saya harap kementerian pelajaran serta pihak yang berkenaan mengambil berat masalah ini memandangkan semakin hari semakin kerap aktiviti tidak bermoral dikalangan pelajar didedahkan oleh media. masalah ini adalah tanggungjawab bersama melibatkan semua masyarakat.
bukan begitu jika nak mendaptkan wang, byk lagi cara yang lebih baik selain melacur.
Adakah pinjaman PTPTN, MARA dan sebagainya tidak mencukupi bagi menampung kos pembelajaran tersebut sehinggakan sebilangan pelajar sanggup melacurkan diri.
Perkara ini sepatutnya diambil perhatian oleh pihak tertentu, kerana aktiviti memperdagangkan diri secara sambilan dikalangan pelajar IPT hanya untuk mencari sumber kewangan bagi menampung kos pelajaran mereka adalah tindakan yang salah.
Apapun yang dilakukan oleh pelajar tersebut, samada untuk kebaikan mereka ataupun sebaliknya tetapi perlu dikenakan tindakan juga sekiranya didapati terlibat dalam kegiatan ini.
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) seharusnya membuat siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ini. Tiada gunanya pelajar tersebut melanjutkan pelajaran sekiranya menjejeskan masa depan mereka.
Mungkin pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini adalah mereka yang tinggal di luar asrama. kerana bebas keluar pada bila2 masa sahaja.
Masalah ini perlu ditangani..Ini memalukan IPT sendiri berhubung masalah ini. Pihak berkuasa tolong siasat kebenarannya.
Pneyebab utama dalam hal ini adalah kerana kewangan, adakah ini benar atau tidak?oleh itu siasatan seterusnnya perlu mencari penyebab utama kenapa perkara ini boleh berlaku. KPT perlu menangani masalah ini berleluasa.
sebaiknya jika pekara ini disiasat. pekara seperti ini memerlukan perhatian..
jika benar seperti dikatakan, sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
Dari mana angka ini diperolehi? Sejauh mana kesahihan kenyataan ini?
Kenapa mereka berbuat demikian? Terdesak atau semata-mata untuk menikmati kehidupan mewah.
Siasatan lanjut harus ada.
Well, need a thorough analysis on this matter.
Masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.
Jangan menggunakan tajuk yang mengelirukan seperti atas. Tajuk ini diakhir tanda soal, tetapi memberi tangapan yang negetif terhadap pembaca.
Ini gejala sosiol yang serius, kementerian wanita disaran campur tangan.
Adakah mereka ini betul dalam kesusahan atau mengejar barang jenama dan kehidupan mewah?
Saya rasa tidak berlaku lah. Mungkin ada tetapi tidak ramai yang terlibat.
em...mencari info di tahun baru 2011 disini...
Harap isu ini boleh ditangani sebelum menjadi tenat.
Post a Comment