KOTA KINABALU: Beratus-ratus penduduk warga emas beragama Kristian yang menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 seorang di beberapa daerah di Sabah tidak lagi menerima "elaun" itu tanpa sebarang notis.
Seorang penduduk berusia 69 tahun dari Kota Belud berkata, kali terakhir beliau menerima elaun itu ialah bulan Ogos tahun ini.
Kini, menghadapi hari Krismas yang suram, beliau berkata, "kami perlukan sedikit wang. Hari Krismis menjelang tiba……kami perlukan sedikit wang."
"Apabila saya datang ke pejabat daerah Kota Belud hari tu untuk bertanya mengenai bantuan itu, saya terperanjat apabila diberitahu oleh seorang kakitangan di situ bahawa saya tidak layak mendapat bantuan itu kerana saya mempunyai telefon bimbit dan jam tangan," katanya.
Warga emas itu berkata, bukan beliau seorang sahaja yang menerima nasib yang sama di Kota Belud.
Beliau berkata, kakitangan seksyen kebajikan memberitahu warga emas yang lain bahawa akan dibuat "tapisan" baru terhadap "rumah-rumah" untuk memastikan sama ada mereka layak untuk menerima bantuan itu.
Kajian ringkas terhadap warga emas mendapati ramai di antara penerima "bantuan warga emas" di Kota Belud menerima bantuan itu, kali terakhir pada Julai atau Ogos tahun ini.
Kajian itu juga mendapati kebanyakan daripada mereka yang menerima elaun itu yang diberhentikan adalah penduduk Kristian manakala penduduk Islam terus menerima bantuan itu sejak empat bulan lalu.
Keadaan tidak menentu
Kerajaan persekutuan menambah bantuan kebajikan kepada negeri, yang diperkenalkan tahun sudah, dari RM90 kepada RM300 untuk menampung keperluan kebanyakan keluarga, terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya.
Di bawah skim itu, mereka yang berusia 60 tahun ke atas layak memohon bantuan kebajikan itu.
Garis panduannya menyebut hanya seorang ahli, sama ada suami atau isteri, boleh menerima bantuan itu walaupun terdapat beberapa pengecualian berhubung beberapa kes tertentu.
Seorang lagi warga emas dari Kota Belud, yang tidak lagi menerima bantuan itu tanpa sebarang notis sejak Ogos, tidak pasti apa yang harus dibuat kerana diberitahu untuk menunggu elaun RM300 itu yang tidak kunjung tiba.
"Mungkin Barisan Nasional sudah memberhentikan pemberian wang itu tapi kenapa orang lain terus dapat?," soal warga emas berusia 78 tahun ini yang enggan menyebut namanya.
Adalah difahamkan beberapa orang ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya telah tidak lagi menerima elaun mereka sejak Ogos atau September.
31 comments:
penjelasan dibuat oleh pihak yang berkaitan bagi menjelaskan pekara ini.
harap pekara ini dapat diselesaikan dengan baik dan secepat mungkin.
I hope this matter will be investigated thoroughly to see what is the reason behind this withdrawal of allowance.
elaun itu tak patut ditarik balik kerana warga2 emas amat memerlukannya.
Apa pun yang berlaku haruslah memberikkan notis. Tindakan yang berlaku ini memang tidak profesional langsung.
Berikan sebab utama kenapa elaun tidak diberikan lagi setelah beberapa bulan ini.
apa penjelasan dipihak kerajaan negeri berhubung dengan masalah ini? kenapa wujud diskriminasi sedangkan skim itu telah menggariskan bahawa warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya layak menerima bantuan tersebut.
sebelum isu ini dimainkan oleh pembangkang, lebih baik pejabat daerah Kota Belud bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak yang tidak berpuas hati ini sekaligus menyelesaikan kekeliruan yang sudah pasti akan mengundang pelbagai persepsi negatif.. saya harap tidak ada diskriminasi di Sabah..
mereka seharusnya memberi tahu awal jika nak menghentikan pemberian elaun tu.
Waaa kenapa berlaku demikian? Mungkin ada yang tercicir nama... tidak apa masih ada masa, jangan risau jika berkaitan dengan orang sabah pada saat ini, kerajaan akan cepat dan cuba untuk selesaikan masalah ini.
Ini adalah tidak wajar sama sekali!
aiks biar betul???
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, namun pemberitahuan awal sepatutnya dibuat bagi mengelakkan ketegangan timbul.
Jadi ada baikknya hal ni diperjelaskan sebelum kekeliruan bertambah kusut.
Paling teruk lagi jika hal ni dipolitikkan. Konpom karau. huhuhu
Semoga hal ni ditanggani secepat mungkin. Kesian para penduduk takda duit nak sambut perayaan...
Totally blemished!
Ini dinamakan tidak ikhlas!
Diharapkan penjelasan diberikan kepada penduduk miskin. Adakah patut tarik balik elaun RM300 dengan sesuka hati.
Apa-apapun, saya harap elaun RM300 akan diberi balik kepada mereka kerana Hari Christmas akan datang tidak lama lagi.
Macam mana hal ini boleh berlaku sedangkan RM300 ini khas untuk mereka?
The authorities should do on this.
RM300 assistance shouldn't be treated that way.
Kerajaan Penang memberi wang ehsan untuk warga emas yang berumur 60 keatas tanpa syarat.
Mengikut artikal ini, elaun cuma ditarik balik dari orang yang tidak layak mendapatinya mengikut pegawai dari pejabat daerah KB.
Kajian itu juga mendapati kebanyakan daripada mereka yang menerima elaun itu yang diberhentikan adalah penduduk Kristian manakala penduduk Islam terus menerima bantuan itu sejak empat bulan lalu.
Diskriminasi berlaku.
Dekat-dekat musim perayaan ni semua pun mahu berbelanja.. Kenapa elaun tersebut ditarik? Tidak cukup bajet? Tapi kenapa yang beragama Islam terus menikmatinya? Soalan mungkin berbaur diskriminasi tapi saya rasa ini tidak patut. Jangan rosakkan imej Sabah.
Terkejut dia orang ni. Fikir ada sedikit belanja tapi tidak diberi lagi.
Kenapa elaun ini ditarik balik? Ada model telipon bimbit yang sangat murah. Mana boleh menghitung kelayakan warga emas ini mendapat elaun dengan alasan memiliki telipon bimbit.
Betulkah ini berlaku seluruh Sabah atau cuma kes tertentu?
RM 300 banyak bagi mereka yang amat memerlukan. Bertimbanglah sebelum membuat keputusan.
Post a Comment