Monday, December 6, 2010

RM4.8 bilion untuk kemajuan luar bandar dan wilayah

BERNAMA

IMG_1305KUALA LUMPUR: Sebanyak RM4.8 bilion akan digunakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KPLW) bagi mempertingkatkan taraf hidup rakyat khususnya di luar bandar, kata Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Ibrahim Muhamad.

Beliau berkata peruntukan itu akan digunakan bagi penambahbaikan sistem jalan raya, program bantu rumah, pengurusan sumber air dan elektrik.

"Peruntukan wang yang diterima oleh kementerian akan digunakan sebaik mungkin dalam usaha menambah baik taraf kehidupan rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam "Jasamu Dikenang" kementerian itu di sini malam tadi.

Ibrahim berkata usaha berterusan perlu dilakukan agar hasrat kerajaan untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi di kalangan rakyat dapat dicapai menjelang 2020.

Menurutnya antara usaha yang sedang dilaksanakan semenjak enam bulan lepas adalah penubuhan Konsortium Sinergi Perdana Sdn Bhd yang menggabungkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra) bagi mempertingkatkan tahap pertanian di negara ini.

Majlis makan malam yang turut dihadiri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib adalah bagi meraikan bekas Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Abdul Jabar Che Nai yang bersara wajib.


29 comments:

Mohd Ishak said...

Harap-harap peruntukan ini boleh membantu menaik taraf kehidupan rakyat luar bandar.

Paquin said...

Gunakan peruntukan ni sebaik mungkin utk membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Paquin said...

Jika plan ini berjalan lancar, pasti rungutan rakyat akan berkurangan.

Paquin said...

Jadi manfaatkan peruntukkan ini seadanya dan dalam masa yang sama buktikan pada rakyat bahawasanya kerajaan mampu berpegang pada janji.

Paquin said...

Pastikan tidak ada sebarang masalah yang timbul kerana ia pasti mengundang pihak lain utk memburukkan kerajaan. Tambahan pula PRU13 bakal menjelma bila2 saja.

Paquin said...

Semoga kerajaan dapat lakukan yang terbaik utk rakyat:) All the best!

evan medhousky said...

saya harap shafie dapat mengutamakan negeri Sabah dan Sarawak memandangkan kedua2 negeri ini lebih memerlukan peruntukkan sebanyak itu bagi mempertingkatkan taraf hidup rakyat khususnya di luar bandar..

Jason said...

Diharapkan peruntukan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Jason said...

Pastikan tindakan akan ada dibuat memajukan luar bandar dan wilayah. Jangan ja pandai cakap tetapi tidak pandai buat.

onong said...

Ini satu tindakan yang baik untuk membantu meningkatkan taraf hidup orang di situ.

Anonymous said...

gunakanlah peruntukan ini dgn sebaiknya untuk pembangunan rakyat.

Sanih Alias said...

Siapa yang diamanahkan melaksanakan, tolong lakukan dengan sebaiknya.

Bhatera said...

Peruntukkan itu perlulah disalurkan dengan sebaiknya untuk pembangunan luar bandar. Jangan disalahgunakan peruntukkan yang telah diberikan.

Sanih Alias said...

RM4.8billion ini jika digunakan sebaiknya mungkin dapat membangunkan kawasan luar bandar ini. Semoga pengurusan kewangan ini akan dijalankan dengan sebaiknya.

zam said...

diharapkan peruntukan ini akan mampu membantu menaiktarafkan kemudahan di kawasan luar bandar.

zam said...

peruntukan ini perlu digunakan dengan sebaiknya agar matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dan manfaatnya dapat dirasakan oleh semua rakyat.

maya said...

Saya berharap agar peruntukan sebanyak RM4.8 bilion dapat digunakan sebaiknya bagi mamanuhi keperluan rakyat, menaik taraf dan penambahbaikan sistem jalan raya, program bantu rumah, pengurusan sumber air dan elektrik.

maya said...

Saya juga berharap peruntukan sebanyak ini dapat disalurkan ke sabah. Ini kerana negeri sabah masih memerlukan banyak peruntukan untuk membangun terutamanya di kawasan pedalaman. Mempertingkatkan tafar hidup rakyat khususnya diluar bandar dengan menaik taraf jalan raya, sumber air dan elektrik, program bantu rumah dan sebagainya.

kb girl said...

Jumlah yang besar tetapi tidak tahu samada jumlah itu cukup ke tidak.

Unknown said...

Kegunaan peruntukan ini harus telus.
Tiada gunanya mengumumkan peruntukan tetapi tidak digunakan dangan sepatutnya.

Nemia said...

This is absolutely a positive way to make the rural areas, appear more vibrant.

Velove said...

Luar bandar memang harus dimajukan untuk menaikkan taraf hidup mereka.

chimchim said...

I hope it will be a continous effort to curb poverty rate in urban and rural areas.

wake said...

It has to be used in a well mannered way.

elia said...

Semoga matlamat itu dapat dicapai dan seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan di seluruh Malaysia.

Unknown said...

Bertuah kampung atau agensi yang dapat peruntukan ini.

Unknown said...

RM 4.8 billion? Besar jumlah ini. Harap dapat memanfaatkan rakyat terutamanya penduduk luar bandar.

captain said...

Wang besar membawa perubahan dan hasil yang besar juga.

Unknown said...

Peruntukan untuk kawasan luar bandar di Sabah harus diberi keutamaan kerana banyak lagi kawasan yang tiada kemudahan asas.