Friday, December 3, 2010

Perkuat Parti Dahulu, Usah Sibuk Bincang Hal Putrajaya

KELAB GREENBOC

Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu

TEMERLOH: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini. -harakahdaily

Ulasan GB

Kita berterus-teranglah. GB bukanlah ornag yang mendewakan mana-mana pimpinan, hatta TGNA sekalipun. Kerana Khalifah Abu Bakar sewaktu wafatnya Rasulullah s.a.w. dan ketika umat Islam berkecamuk sesama sendiri, setelah mengucapkan puji syukur kepada Tuhan Abu Bakr berkata: "saudara-saudara! Barangsiapa mau menyembah Muhammad, Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mau menyembah Tuhan, Tuhan hidup selalu tak pernah mati."

Demikian jelas larangan mendewakan makhluk. Sekalipun kita dianjur dan diarahkan untuk berselawat ke atas Nabi, namun kita tidak boleh mendewakannya sehingga ke tahap boleh mensekutukan Allah s.w.t. seperti dilakukan oleh umat Kristian terhadap Nabi Isa a.s.

Dan sewaktu idea UG berkumandang, GB adalah salah seorang penentang utama idea berkenaan. Walaupun ramai juga yang mengambil sikap menentang GB, akhirnya kebenaran itu tertegak, UG tumbang cuma mungkin belum dikuburkan.

Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sebagai salah seorang pemimpin yang mendokong gagasan UG berkenaan menyebabkan hilangnya "respek" GB kepadanya waktu itu. Ditambah pula dengan "penghakiman" yang beliau lakukan terhadap kes Hassan Ali dan Khalid Samad yang pada pemerhatian GB, tidak menepati neraca kebenaran dan keadilan.

Dan banyak hal yang GB kurang dapat menerima cara beliau memimpin sekalipun beliau seorang Naib presiden PAS. Namun keyakinan GB, mereka yang menegakkan kebenaran dan keadilan akan pasti diperlihatkan oleh Allah s.w.t. tentang kebenaran itu bersandarkan dengan doa agar Allah menunjukkan kebenaran itu kebenaran...dan kebatilan itu kebatilan...

Sekarang GB mengambil sikap "bersetuju" dengan TITM apabila beliau berkata benar bahawa "Henti diskusi ke Putrajaya, kuatkan parti dahulu".

Apatah lagi Saidina Ali r.a juga ada mengatakan:

"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"

Tetapi GB berharap TITM sudah komited untuk tidak membawa UG lagi.

Benar katanya, hentikan diskusi ke Putrajaya kerana Putrajaya bukan matlamat! Ia masih lagi peringkat "wasilah". Wasilah tempat untuk menegakkan kalimah tauhid.

Jika PR naik ke Putrajaya tetapi membawa sistem yang sama seperti UMNO BN, maka perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tidak mempunyai nilai apa-apa, tak kira siapa pun PMnya.

Apa tah lagi jika kita menawan Putrajaya dengan kaedah yang tidak dibenarkan oleh agama seperti menipu dan sebagainya.

GB pernah menulis komen di SINI dengan memetik sebuah hadith:

ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة

Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.

Yang perlu kini seperti GB katakan sepertimana yang diungkap oleh TITM di atas, GB dah katakan sebelum ini iaitu:

Dengan ramalan pilihanraya lebih awal, ahli-ahli Pakatan Rakyat dibebankan dengan memikul "stress" - sedangkan ia tidak perlu penyakit itu boleh dielakkan.

Apa guna memikul balak di dalam perjalanan yang panjang untuk membina jembatan sedangkan sungainya belum kelihatan? Bukankah itu kerja si Bebal?

Bukankah masa ini sebaik-baiknya digunakan memperkukohkan dan membersihkan parti, menyusun strategi dan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kualiti ilmu dan kemantapan berorganisasi supaya PR "benar-benar" memenuhi fungsi kerajaan menanti?


Galas & Batu Sapi juga baru kalah, inikan pula nak ke Putrajaya!
Bangun dari tidur wahai blogger PR.

Ayyan tafi'a bihi

25 comments:

Anak Sabah said...

Saya setuju, pembangkang haruslah memperkuatkan parti dahulu sebelum berfikir berpanjangan tentang Putrajaya.

Anak Sabah said...

Terutamanya konflik dalaman yang boleh melemahkan parti pembangkang.

Anonymous said...

nasihat berguna untuk Anwar..

Anonymous said...

sebelum berangan2 mahu menjatuhkan musuh, cermin dulu diri sendiri sama ada mampu atau tidak..

Anonymous said...

pembangkang ni terlalu beria ria nak menawan Purtajaya, namun jentera mereka masih lagi lemah.

tombolo said...

dalam keadaan pembangkang sekarang, mereka takkan dpt ke Putrajaya.

zam said...

tidak perlulah berbincang hal putrajaya jika parti menjadi semakin lemah dan berpecah.

Unknown said...

Macam mana pembangkang hendak menawan Putrajaya kalau mereka mempunyai banyak masalah dalaman.

zam said...

jika masalah yang berlaku dalam PR gagal diselesaikan tidak mustahil jika sokongan terhadap PR menjadi semakin berkurangan.

Unknown said...

Pembangkang harus selesaikan dulu konflik dalaman mereka. Apa-apapun, selamat berjuang!

maya said...

Perbaiki kelemahan parti dahulu untuk sebelum meneruskan perjuangan.

maya said...

Semangat sahaja lebih-lebih tapi tak kesampaian.

nickko said...

"media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara."

siapa yang membawa isu itu sebenarnya?? bukankah Anwar sendiri telah buat kenyataan kononnya mahu menawarkan jawatan TPM kepada Lim Kit Siang? rakan sendiri buat kenyataan dituduhnya pula media.. belum pun berjaya menerajui Puterajaya tapi sudah berangan2 mahu jawatan itu ini...

nickko said...

memang sesuai nasihat ini ditujukan kepada komponen Pakatan yang sibuk kehulu kehilir menyebarkan fitnah, pembohongan dan kritikan sedangkan parti sendiri semakin raput langsung tidak dipedulikan.

Antanum said...

Betul, kena kuatkan parti terdahulu. Baru bangkit untuk berjuang bersama rakyat.

maya said...

Ingin menawan Putrajaya sedangkan parti-parti komponen PR belum bersedia untuk menghadapi PRU akan datang. Tambahan pula masalah dalaman belum dapat diselesaikan.

maya said...

Sepatutnya membuat perancangan dan strategi untuk mengukuhkan parti, disamping itu menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kualiti dan kemantapan parti.

Unknown said...

Pemimpin begini yang bagus. Bukan macam PKR yang hanya mahukan kemenangan. Betul kata Datuk Ibrahim, perkuatkan parti dahulu. PKR apa yang kuat, cuma kata-kata yang kuat dalam PKR.

Paquin said...

Logiknya pun sebelum nak mengata, kukuhkan kedudukan terlebih dahulu.. Barulah cun:P

Paquin said...

hahhaa, ya mike. memang sangat berguna :)

Unknown said...

Kenyataan Naib Presiden PAS itu amat bernas dan harus diperhalusi dan diimplikasikan.

Unknown said...

Kubu tidak siap nak berperang pula. Tunggu siaplah.

Unknown said...

Putrajaya untuk pihak yang sudah bersedia dan kompitansi.

captain said...

PR terlalu fokus kepada Putrajaya. Sepatutnya struktur parti harus diperkuatkan dahulu.

Rekrut ahli baru terutamanya generasi muda atau golongan profesisonal.

kb girl said...

Satu kebenaran yang amat simple. kUatkan parti dulu, jika tidak macamana nak urus negara?