Oleh: SHAIMON S JUMADI
NAMPAKNYA pihak Majlis Daerah Beluran langsung tidak mengendahkan rungutan orang ramai mengenai bau busuk longgokan timbunan sampah sarap yang diletakan di hadapan premis perniagaan, di pekan Telupid.
Semasa tinjauan Ketua Biro Sabahkini Net Wilayah Sandakan di pekan tersebut kelmarin masih lagi kelihatan longgokan timbunan sampah bertaburan yang tidak dikutip dan bau busuk telah menembusi ruang dalam premis perniagaan berhampiran.
Menurut seorang peniaga yang sempat ditemui di premis niaganya, iaitu Kalbin Agat perkara ini sudahpun dilaporkan media di blog Sabahkini.Net oleh beberapa peniaga di sini supaya tempat menyimpan sampah ditambah bilangannya.
Kalbin turut mencadangkan agar Majlis Daerah Beluran memindahkan tempat pembuangan sampah ke tempat yang lebih stategik supaya bau busuk tidak lagi menghantui kepada para peniaga dan orang ramai di persekitaran pekan Telupid.
Mengenai masalah ini wartawan Sabahkini.Net telah menemui sendiri untuk meminta ulasan dan pandangan daripada Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki dan katanya beliau akan membawa perkara di kemeja mesyuarat supaya perkara ini diambil tindakan segera.
“Saya sebagai ahli majlis juga turut simpati terhadap masalah yang dihadapi oleh para peniaga di sini dan saya tidak akan berdiam diri sebaliknya mendesak pihak Majlis Daerah Beluran supaya berbuat sesuatu untuk memadam imej Telupid sebagai Pekan Sampah,” tegasnya.
Dalam hubungan ini, James mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sabahkini.Net terutama sekali wartawannya yang tahan lasak kerana setiap hujung minggu sanggup berada di pekan Telupid untuk meninjau dan mengetahui masalah rakyat dengan lebih dekat lagi sehingga sanggup masuk ke kampung keluar kampung.
“Syabas dan tahniah kepada Sabahkini. Net,“ kata James Miki yang penuh semangat kerana menghargai peranan Sabahkini Net yang sentiasa menyiarkan apa-apa saja cerita mengenai permasalahan rakyat tidak kira di mana kedudukannya, berbanding dengan media-media lain
25 comments:
isu sampah ini perlu diambilberat oleh pihak yang berwajib. ini bagi mengelakkan Telupid dilabel sebagai pekan yang kotor.
selain itu, masyarakat juga perlulah mengamalkan kebersihan sepanjang masa. ini penting bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.
First Lahad Datu, then comes Semporna, now its Telupid. All the local MP's are responsible to ensure the cleanliness of their own divisions.
jangan biarkan Telupid dikenali sebagai pekan sampah, kita kena bersihkan pekan Telupid mejadi pekan yang bersih.
Jaga kebersihan tempat, daerah, negeri dan negara kita dari sampah.
Perkara ini akan memalukan tempat kita. Seperti apa yang berlaku di Semporna. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah menjalankan tugas untuk menangani masalah ini.
perkara ini sepatutnya tidak perlu sampai kepengetahuan media baru diambil tindakan. Majlis Daerah Beluran sepatutnya lebih dahulu mengetahui masalah di sekitar daerah sebelum penduduk membuat aduan dan sebelum orang luar membuat liputan.
saya harap James Miki benar2 bertindak menyelesaikan masalah ini.
Penyelesaian perlu disegarakan bagi menangani masalah sampah yang semakin menjadi-jadi di Telupid ini. Pihak Majlis Daerah Beluran harus bertindak cepat untuk menyelesaikan sampah yang menganggu pencemaran.
dilabelkan pekan sampah mmg memalukan, bersihkanlah imej telupid menjadi pekan yang bersh dan indah.
Imej sebegini bukan hanya di telupid sahaja yang diperkata kan, akan tetapi ianya mempengaruhi seluruh Sabah...Jadi selesaikan dengan cepat dan dalam kadar segera membersihkan tempat2 berkenaan.
Kali ini tiba saat Telupid pula dilabel sbg pekan sampah.
The authorities should do something on this.
Ya setuju azman... Cukup la LD kena gelar bandar kotor jangan lagi pekan Telupid pun ikut jejak juga. huhu
hahah.. Ya kan Larry... Hal ni patut diberi perhatian serius sebelum negeri Sabah pula dilabel sebagai kotor.
Tapi soal sampah ni rasanya semua pihak harus bekerjasama... Jangan asyik mengharap ja. Jagalah kebersihan sentiasa bagi mengelakan isu sampah timbul.
James miki kenalah kotakan apa yang dikata k. Jangan terlupa pula nanti, habis kena kritik. hehe
Apapun semoga hal ni dapat ditanggani sebaik mungkin.
Walaupun Telupid terletak jauh dari bandar namun itu bukan alasan untuk tidak mencantikkan pekan itu.
I personally think that this issue should be addressed asap!
Vital and prudent!
It's important to maintain the cleanliness of the town for health sake.
Everyone should cooperate to maintain the cleanliness of their town.
The authority who is in charge of the town should also fulfill their duty to make sure the town is always clean.
Post a Comment