MALAYSIA KINI
Majlis Peguam mahu kerajaan mengambil kira pandangan masyarakat Orang Asli dalam cadangan meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sebelum meluluskan rang undang-undang itu.
Presidennya Ragunath Kesavan berkata kerajaan seharusnya mempelawa Orang Asli untuk perbincangan terbuka dalam forum bagi berkongsi pandangan mereka terhadap pindaan akta yang memperuntukkan pembentukan Tanah Simpanan Orang Asli.
"Berunding sahaja dengan mereka (Orang Asli) mengenai pindaan dan tanya pandangan dengan apa yang mereka mahu dan juga berikan salinan pindaan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Bengkel Jawatankuasa Mengenai Hak Orang Asli (COAR) behubung "Hak Tanah Pribumi-Isu-Isu, Tuntutan dan Undang-Undang', anjuran majlis itu, di Kuala Lumpur hari ini.
Ragunath berkata hak Orang Asli tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan kerana tidak menyentuh mengenai masyarakat itu.
Sementara itu, timbalan pengerusi COAR, Steven Thiru, bekata hanya satu peruntukan khusus yang menyentuh Orang Asli di bawah Artikel 8(5)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu hanya membenarkan kerajaan meluluskan undang-undang memihak Orang Asli, katanya.
Katanya mahkamah hanya menggunakan peruntukan itu baru-baru ini dalam kes bersejarah , Sagong Tasi Melawan Kerajaan Selangor, yang mengiktiraf hak Orang Asli kepada tanah.
Steven berkata sebanyak sembilan kes Orang Asli masih dalam perbicaraan di mahkamah.
Pengerusi COAR, Datuk S Ambiga, berkata objektif bengkel itu adalah untuk menjana kesedaran di kalangan Orang Asli, peguam dan orang awam mengenai hak masyarakat itu.
Seramai 80 peserta terdiri daripada peguam, pelajar dan wakil Orang Asli, menghadiri bengkel itu.
20 comments:
Suara hati orang asli patut diambil kira.
Memang patut ambil kira suara orang asli :)
Hal ni kan melibatkan soal kepentingan org asli jadi adalah kurang elok jika mereka terlupa utk dibawa berbincang.
Semoga kerajaan mendengar dan memberi perhatian terhadap keluhan/pandangan ini.
Saya harap kes orang asli yang masih dibicarakan itu selesai dengan baik :)
Apapun saya berharap agar hak orang asli terus terpelihara :)
untuk mengelakkan rasa tidak puas hati atau tentangan dikemudian hari, kerajaan wajar mengambil kira pandangan masyarakat Orang Asli sebelum membuat pindaan, lebih2 lagi jika ada perubahan yang melibatkan kepentingan mereka.
Pandangan masyarakat orang asli harus diambil kira dalam cadangan meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) kerana undang2x tersebut melibatkan orang asli.
ya.. kira harus ambil kira pandangan orang asli.
Mereka berhak untuk bersuara. Oleh itu jangan buat tidak ambil endah saja berkaitan orang asli.
Mereka mempunyai hak berhubung pindaan tersebut.
harap hak Orang Asli akan terus terpelihara dan dijaga.
pandangan dari semua pihak perlu diambil kira. ini demi kebaikan semua.
Beri mereka peluang untuk menyertai dalam pindaan akta yang melebatkan kepentingan mereka.
Orang asli adalah kaum peribumi sini, hak mereka harus dilindingi.
Sememangnya orang asli tidak mendapat perhatian sejak dari dulu tapi jika dilihat beberapa tahun ini, kerajaan sudah mula mengambil berat tentang orang Asli. Semoga usaha ini akan berterusan.
Jangan pinggirkan mereka. Kepentingan mereka harus dilindungi.
Pindaan yang melibatkan mereka sepatutnya mendengar cadangan dari mereka.
Golongan minoriti tidak patut dilupakan.
Orang asli, orang yang paling asli dan paling layak dipanggil bumiputera.
Post a Comment