Thursday, December 23, 2010

Harga Susu Tin Naik 30 Sen 1 Jan

SABAH DAILY

Kenaikan harga itu adalah untuk susu tin 400 gm dan 500 gm. Demikian dinyatakan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan.

“Sekarang ini harga susu tin di dalam lingkungan RM2.40 ke RM3.20,” tambahnya dengan menyatakan pelarasan itu disebabkan peningkatan kos.

Pada bulan April lalu harga susu telah naik 5 sen. Kemudian susu dinaikkan lagi 10 sen pada Oktober lepas. Dan pada 1 Januari depan harga tersebut meningkat sebanyak 30 sen lagi.

Presiden Persatuan Peniaga Kedai Kopi Malaysia, Ngo Soo Boon menyatakan beliau percaya harga minuman akan naik awal tahun depan ekoran kenaikan harga barang.

“Ini bukan saja disebabkan kenaikan harga susu, tetapi kos-kos lain seperti upah dan sewa juga telah turut naik,” kata Ngo semalam.

“Ia adalah riaksi berantai berikutan kenaikan harga bagi lain-lain barangan.” -GB

11 comments:

tombolo said...

nampaknya beban hidup rakyat juga akan turut naik.

evan medhousky said...

suka saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu market di semua daerah yang bertujuan untuk menjual barang2 keperluan harian atau barang2 subsidi bagi mengelakkan orang tengah atau pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga barang2 kawalan itu.

evan medhousky said...

kenaikan harga barang adalah fenomena biasa yang dialami oleh semua negara. walau bagaimanapun kerajaan sepatutnya menyeimbangkan kenaikkan ini dengan kuasa beli rakyat. kepesatan pembangunan yang sedang berlangsung di negara ini tidak akan bermakna jika rakyatnya tidak dapat menikmati pembangunan yang bakal kita kecapi kelak..

azman said...

harap selepas ini tiada lagi kenaikan harga barang dalam masa terdekat ini.

azman said...

saya setuju dengan cadangan evan medhousky. mungkin kerajaan perlu mengadakan satu kawasan di setiap daerah yang menjual barang-barang keperluan dan subsidi. ini bagi mengelakkan orang tengah mengambil kesempatan.

Bujang Senang said...

rakyat semakin terbeban nampaknya. Najib perlu lakukan sesuatu jika rakyat mahukan pilihan majoriti.

Anonymous said...

It is time for a minimum wage policy.

Jason said...

Terpaksa kita menerima sahaja kenaikkan harga barang. Harap2x lepas ini, tiada lagi kenaikkan barang lain.

Jason said...

Apapun, saya berharap kerjaan akan mencari cara untuk meringankan beban rakyat.

mandau said...

kenaikan harga barangan akan membebankan rakyat, rakyat perlu berjimat cermat.

Unknown said...

Dari segi kesihatan kenaikan ini adalah positif kerana benda2 manis tidak seharusnya di ambil dalam kuantiti yang banyak.