Wednesday, December 1, 2010

Gelar Wan Azizah "pelacur politik" kurang ajar


Yusmadi YusoffOleh Muda Mohd Noor

PARLIMEN KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR mengecam Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai "pelacur politik."

Arman membuat kenyataan tersebut ekoran ucapan Dr Wan Azizah dalam kongres PKR di Petaling Jaya Sabtu lalu yang mahu orang Melayu meninggalkan konsep Ketuanan Melayu kerana ia hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, kenyataan Arman Azhar itu berupa kurang ajar dan tidak mencerminkan budaya orang Melayu.

"Arman adalah anak muda yang dayus kerana menghina seorang pemimpin wanita yang banyak berjuang untuk rakyat sejak tahun 1999.

"Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada konsep Ketuanan Melayu. Yang ada hanyalah keistimewaan Melayu.

Tiada Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan

"Arman tolong jelaskan adakah ada konsep Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail.

Yusmadi mencabar Arman untuk mengadakan debat terbuka mengenai masa depan orang Melayu pada tahun baru ini.

"Jangan jadi dayus hanya berani kepada wanita. Dia (Arman) tidak tahu dalam Perlembagaan tidak ada Ketuanan Melayu," tambahnya.

Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang pula berkata, kenyatan Arman itu menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pengetahuan beliau.

Katanya, Arman juga cuba mengaitkan Ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu seolah-olah dia mahu berselindung di sebalik Raja-raja Melayu.

Manakala Azan mencadangkan Perkasa memecat Arman kerana telah merosakkan imej pertubuhan itu.

"Jangan menggunakan perkataan yang tidak menentu kerana boleh merosakkan imej pertubuhan," katanya.

17 comments:

Leo said...
This comment has been removed by the author.
Leo said...

Arman patut dipecatkan kerana telah memburukkan lagi imej Perkasa yang sememangnya dah rosak. Setiap perkara harus ditangani secara rasional dan bukannya emosional.

Anonymous said...

tidak patut ia memberi gelaran tersebut, perkataan tersebut terlalu kasar.

Leo said...

Kurang ajar punya bastard!

azman said...

gunalah bahasa yang baik dalam apa pekara sekali pun. janganlah bersikap emosi dalam menghadapi sesuatu pekara.

azman said...

daripada asyik saling menyalahkan adalah lebih baik jika semua pihak menumpukan tanggungjawab kepada rakyat. janganlah menimbulkan sebarang isu lagi.

Anak Sabah said...

Memang biadap dan kurang ajar.

Anak Sabah said...

Perkasa memang Perkasa. Semua ahlinya berkelakuan buruk dan suka bercakap tidak menggunakan otak. Memalukan rakyat Malaysia.

Sanih Alias said...

Mungkin tindakkan Arman itu bukan dayus, memang itulah politik. PKr sendiri pun tahukan. Janganlah PKR pula mahu salahkan orang lain pula. Mungkin itu pendapat setiap orang, jadi tidak salah memberikan pendapat masing-masing.

mandau said...

sebaiknya gunakanlah bahasa yang baik, budi bahasa budaya kita.

nickko said...

bila emosi mengambil tempat, hilanglah kewarasan ahli2 politik kita. jika mahu dicontohi oleh rakyat, tunjukkan dahulu contoh yang baik kepada rakyat..

Paquin said...

mak ampun, celuparnya mulut!!!!

Paquin said...

Kalau ya pun tak puas hati, hati2lah ketika bercakap... Nanti apa pula pandangan rakyat kan.. huhuhu
memalukan lah!

gambir said...

saya rasa mengelar Wan Azizah sebagai pelacur politik adalah keterlaluan. saya pun bukannya suka PKR tetapi saya tidak sampai hati nak cakap biadap pada seseorang. Perkasa ni kenalah jaga mulut...sebab hari ni hari dia, esok lusa hari engkau pulak..

gambir said...

namun, saya rasa PKR pun kenalah jaga tatasusila diri agar jangan mengeluarkan sebarang benda yang boleh membuatkan pihak lain marah...

Mohd Ishak said...

Amat mengecewakan, sebagai penjuang orang Melayu dan Islam, tergamak mengeluarkan kata-kata yang kesat seperti ini.

Antanum said...

Kena ingat kita juga manusia, tidak perlu mengelar orang sebegitu macam perkataan. Ini hanya akan menimbulkan lagi ketidak puasan hati pihak2 terlibat. Tidak perlu bertindak memburuk2kan pihak atau seseorang itu atas sebab politik.