Jumaat, 21 Mei 2010

Ugut Bunuh, Manikavasagam Dipanggil Beri Keterangan

SUARA KEADILAN

KLANG - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis Klang berhubung laporan ugutan bunuh pada 14 Mei lepas, pagi tadi.

Manikavasagam ketika ditemui media luar IPD berkata polis telah merekodkan keterangan beliau terima termasuk ugutan melalui nota dan sms yang dijumpai bersama sisa bekas plastik cat merah yang disimbah pada kereta di hadapan rumahnya minggu lalu.

"Polis mengambil serius hal ini dan kerjasama yang diberikan cukup memuaskan.

"Mereka telah menyenarai beberapa orang suspek dan akan memanggil mereka untuk mendapatkan keterangan," ujar Manikavasangam.

Tambah beliau, ugutan itu mungkin di dorong oleh aduan beberapa kontraktor syarikat pasir kerajaan Selangor mengenai penyelewengan dan kecurian pasir.

"Tahun ini kerajaan negeri dijangkakan mendapat hasil RM80 juta daripada penjualan pasir tetapi angka sebenarnya kita tak tahu.

"Ini jelas menunjukkan wujudnya kepincangan dan penyelewengan dalam pengurusan anak syarikat negeri Selangor.

"Kontraktor tersebut bersedia membuat aduan kepada pihak lain dan jika itu berlaku, akan menjadi masalah untuk kita semua," tambahnya lagi.

Tiada ulasan: