Salhan K Ahmad | |||
|
Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.
"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.
"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.
"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.
"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.
Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.
"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya.
Tiada perbincangan
Khalid juga berkata tidak ada satu pun keputusan itu yang dibincangkan oleh kerajaan bersama dengan ahli parlimen.Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, beliau berkata tidak ada apa-apa penerangan diberikan oleh kerajaan sebelum urusniaga itu dipersetujui kedua-dua pihak.
"A
"Bagaimana mereka boleh serahkan begitu mudah tanpa melibatkan satu perbincangan lebih menyeluruh berhubung apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka ingin capai.
"Walapun kita faham bahawa Khazanah (Nasional Bhd) diberi saham sebanyak 60 peratus, dan Temasek (Holdings) hanya 40 peratus dalam soal pembangunan tanah itu, akhirnya, manfaat lebih besar akan diperolehi oleh pihak Temasek (dan Singapura).
Jelasnya lagi, Singapura mendapat lebih keuntungan daripada urusniaga tersebut, berbanding Malaysia.
"Hakikat bahawa kita diberikan tanah ganti, sebahagian daripada tanah ganti itu adalah kawasan perjudian Singapura.
"Mungkin ini menunjukkan Malaysia ini dan kerajaan Umno dan BN begitu komited untuk penbangunan budaya judi," katanya lagi.
7 ulasan:
Menurut perjanjian yang telah termaktub sejak sekian lama, sekiranya KTMB tidak lagi menggunakan tanah-tanah tersebut, maka ianya perlu diserahkan kembali kepada Kerajaan Singapura.
rakyat tidak perlu melihat penyerahan 40% hartanah "milik" negara kepada Kerajaan Singapura adalah merupakan suatu bentuk "pengkhianatan", jika diteliti, hak milikan tersebut hanyalah bersifat sementara, iaitu selagi tanah-tanah tersebut digunakan oleh KTMB, jika tidak, ia perlu dipulangkan semula kepada Kerajaan Singapura.
Ada2 ja ba.. Macam mana lah mahu maju kalau rakyat asyik meragui kredibili kerajaan..
Nampaknya kerajaan perlu berikan penjelasan bagi pastikan sebarang kekeliruan atau salah faham yg timbul dapat dileraikan segera sblm melarat teruk.
Apapun saya harap semua hal akan berakhir dengan baik :)
Sama2 lah kita bersabar ya, jangan cepat melatah nanti parah mcm di Bangkok. huhu
semua ahli politik yang dianggap terlibat dalam isu pengkhianatan ini seharusnya bijak, telus dan jujur dalam melakukan perundingan. kalau mereka menyelesaikan semua perkara dengan perbincangan dua hala sahaja tanpa dibincangkan dengan masyarakat, ia boleh menimbulkan kesangsian dan kemarahan rakyat.
Kalau betul seperti yang didakwa, saya cuma harap agar para pemimpin dapat membetulkan hal ini demi kebaikan bersama.
Catat Ulasan