KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunggu hasil laporan siasatan dalaman yang dijalankan oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby) berhubung kerugian dialami oleh syarikat konglomerat itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull (gambar) berkata, laporan itu akan diambil kira bagi menentukan sebarang keputusan untuk membuka kertas siasatan.
"Saya difahamkan, Sime Darby kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kerugian dialami.
"Jika siasatan dalaman itu mendapati wujud unsur rasuah dan penyelewengan, maka kita akan jalankan siasatan.
"Apa-apa pun, kita masih tidak mengetahui mengenai perkara itu dan membiarkan Sime Darby menyelesaikan siasatan dalaman," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Khamis lalu, akhbar melaporkan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta bercuti apabila syarikat konglomerat itu rugi lebih RM1.63 bilion akibat lebihan kos dalam projek kendaliannya.
Jawatan Ahmad Zubir yang kontraknya bakal berakhir pada 26 November ini akan dipangku Naib Presiden Eksekutif (Perladangan), Datuk Azhar Abdul Hamid.
Pihak lembaga pengarah syarikat konglomerat itu meminta Ahmad Zubir bercuti sebagai memenuhi dasar amalan urus tadbir korporat.
4 ulasan:
SPRM perlu membuat siasatan jika terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewangan dalam Sime Darby.
saya setuju....SPRM perlu membuat siasatan sendiri biarpun terdapat siasatan dalaman yang dijalankan oleh pihak Sime Darby...ahli parlimen Indera mahkota, Azan ismail berkata bahawa kerajaan mengambil RM4b daripada KWSP untuk membiayai pembinaan empangan bakun...perkara ini jua harus disiasat dan diperjelaskan kepada rakyat(golongan pekerja) agar tidak timbul sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan imej kerajaan masa kini...
siasatan perlu dilakukan oleeh SPRM bagi jika terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewangan dalam Sime Darby. ini kerana terdaapt banyak spekulasi mengenai kerugian yang dialami oleh Sime Darby berhubung projek hirdo Bakun yang tertangguh. terdapat spekulasi megatakan kerajaan menggunakan wang pekerja untuk membiyai projek ini. perkara ini perlulah disiasat.
ya.. siasatan perlu dilakukan bagi memeastikan samada terdapt penyelewengan ataupun tidak di dalam sime darby..
Catat Ulasan