|
"Pada pilihan raya umum 2008, jumlah peratusan yang keluar mengundi ialah 68 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar.
"Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca cerah. Tetapi tolong keluar awal untuk mengundi, mana tahu jika hujan pula pada tengah hari," katanya pada sidang akhbar di pusat operasi pilihan raya kecil SPR di Dewan Suarah di Sibu hari ini.
Abdul Aziz berkata, 45 pusat pengundian akan dibuka bagi membolehkan pemilih menunaikan tanggungjawab mereka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.
Beliau
"Jumlah pengundi paling sedikit ialah di SJK(C) Kai Nang di Seberang Ensurai, Batang Rajang, kira-kira sejam perjalanan dari sini iaitu hanya sebanyak 42 pengundi.
"Pusat pengundian paling jauh ialah di SK Sungai Rassau dengan lebih 400 pengundi. Pekerja kami akan berlepas ke pusat itu tengah hari ini dengan bot," katanya.
Beliau berkata, semua 110 peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah sebaik sahaja proses pengundian ditutup.
"Kami menjangka dapat mengumumkan keputusan selewat-lewatnya pada jam 9 malam," katanya.
Katanya, pengundi yang mahu memeriksa pusat pengundian mereka boleh berbuat demikian melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui SMS kepada SPR dengan menaip SEMAK NOMBOR KP dan hantar ke 15888.
Sementara itu, Abdul Aziz yang baru kembali dari England bagi meninjau proses pilihan raya umum di negara itu berkata, tidak seperti di Malaysia, pekerja pilihan raya negara itu perlu bertugas dari 7 pagi hingga 10 malam kerana terdapat pengundi yang memutuskan untuk mengundi pada saat-saat akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan