Rabu, 19 Mei 2010

Sorok lebih 5.5 metrik tan gula

Oleh MANIRAH OTHMAN


KUALA TERENGGANU - Dua lelaki ditahan kerana didapati menyorok sebanyak 5.5 metrik tan gula setelah sekian lama menipu pelanggan termasuk memaksa mereka menunjukkan sijil nikah ketika hendak membeli gula.

Perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki berusia 40-an dan lewat 50-an itu terbongkar apabila kedai mereka yang terletak di Jalan Yahya Ahmad, Dungun dekat sini diserbu pada kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Serbuan dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Dungun diketuai oleh Ahmad Mahmood serta dibantu oleh lima anggota polis.

"Kami terkejut kerana mendapati hampir separuh ruang kedai dipenuhi stok gula bernilai kira-kira RM9,000 pada hal sebelum ini mereka kata tiada gula.

"Kami juga terkejut kerana peniaga runcit pada kebiasaannya menyimpan gula sebanyak 100 kilogram pada satu-satu masa,'' kata Ahmad ketika dihubungi Kosmo! semalam.


LEBIH 5.5 metrik tan gula didapati disimpan di dalam kedai runcit ini yang terletak
di Jalan Yahya Ahmad, Dungun ketika serbuan dilakukan semalam.

8 ulasan:

somboi berkata...

inilah sikap sesetengah peniaga yang menyorok gula untuk meraih keuntungan berlipat ganda. tahniah kepada pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) kerana dapat mengesan perbuatan meyorok gula ini.

karaabau berkata...

patutlah kurang gula di pasaran...ini lah pula sebabnya...syabas kepada penguat kuasa PPDNKK kerana berjaya mengesan dan menumpaskan perbuatan yang tidak bermoral ini...syabas sekali lagi...

tombolo berkata...

pada ketika kita mengalami krisis bekalan gula lah peniaga aka nmeyorok gula mereka dengan harapan menunggu harga gula akan naik.. ini merupakan satu sikap tamak tindakan perlu diambil terhadap peniaga yang ini..

Elisha Emanuela Jones berkata...

Itulah nakal.. tengok pa da jadi.. pada muka kantoi..

Paquin berkata...

Telampau mahu dapat untung kan.. Na inilah kejadiannya.. Taniah la PPDNKK :)

Paquin berkata...

Ya ba somboi.. Hairan juga kan org zaman FB ni telampau tamaha:P hehhee

Paquin berkata...

Betul tu karaabau.. No wonder juga kita kekurangan bekalan gula..
Nasib baik hal ni dapat dikesan, kalau tak semakin menjadi-jadi lah dorang tu.

Paquin berkata...

sokong urangulama.. harap2 hukuman setimpal dapat dikenakan supaya jadi pengajaran kpd semua pihak.