Rabu, 19 Mei 2010

Selcat Bantu SPRM Siasat Kes Seleweng Pasir

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung tuduhan penyelewengan yang berlaku di dalam anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang mengendalikan perlombongan pasir di Selangor.

Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditemui media selepas mesyuarat exco petang tadi berkata Selcat akan membantu mengumpul maklumat berhubung kes tersebut.

"SPRM tentunya akan berminat dengan kenyataan semasa sesi soal siasat yang dibuat oleh Selcat.

"Pada masa yang sama mereka juga boleh menggunakan keterangan dalam proses siasatan itu nanti untuk penyelidikan dalam usaha membanteras salahguna kuasa dalam anak syarikat negeri Selangor," kata Khalid.

Pendengaran awam tersebut akan diadakan di Bilikan Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor pada 2, 3 dan 4 Jun 2010 dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

Selcat juga meminta semua pihak memberi kerjasama sepenuh dalam pendengaran awam tersebut dengan membentangkan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk melicinkan lagi siasatan.

Mesyuarat yang diadakan itu akan dipengerusikan oleh Speaker merangkap Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim.

2 ulasan:

tombolo berkata...

kerjasama yang diberikan oleh Selcat dalam membantu siasatan SPRM akan memudahkan siasatan SPRM dala mmeyelesaikan kes ini.. kerjasama seperti inilah yang patut diterapkan dalam masyarakt kita dalam membanters rasuah..

somboi berkata...

diharap bantuan daripda Selcat akan menudahkanSPRM dalam menyelesaikan kes penyelewangan pasir ini..diharap semua pihak mempunyai maklumat mengenai kes ini akan tampil unutk memberi maklumat kepada SPRM.. kerjasama daripada semua pihak penting dalam usaha kita membanteras jenayah rasuah.