| Oleh : HALIK ZAMAN KELMARIN sekali lagi Pekan Tenom menjadi hebat kerana sikap rakyat Ulu Tomani dengan berani beramai-ramai keluar daripada parti keramat orang Melayu, UMNO dan menyertai PKR Cabang Tenom. Pada mulanya saya jangka hanya seorang dua sahaja yang berminat untuk menyertai PKR, akan tetapi sangkaan tersebut meleset jauh apabila melihat sejumlah besar penduduk Ulu Tomani yang hadir di Perkasa Hotel berminat menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Cabang PKR Tenom Gosibin Yasundang. Kehadiran yang begitu menggalakkan memperlihatkan keberanian orang kampung Ulu Tomani Tenom untuk berubah dan menukar pentadbiran Kerajaan. Selama ini mereka hanya bersabar dan cuba bertahan dengan karenah dan tingkah-laku wakil rakyat BN yang mewakili mereka selama ini, namun kesabaran mereka telah tiba ke penghujung apabila mereka terus-menerus dipinggirkan dan di 'anak-tirikan' oleh wakil-wakil rakyat BN. Jampin Kalasang yang mewakili penduduk kampung yang hadir, menyatakan pendirian mereka untuk memberikan sokongan dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Beliau memberitahu bahawa sudah terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO/BN di daerah Tenom. Menurut beliau, mentang-mentanglah lokasi geografi mereka terletak di kawasan luar bandar dan pedalaman, maka kepimpinan BN sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan kebajikan mereka di Tenom. Menurut Jampin lagi, kesemua projek kampung diagehkan hanya kepada kroni-kroni wakil rakyat UMNO/BN sahaja. Penduduk kampung lain hanya mampu melihat tanpa diberikan apa-apa peluang untuk menjayakan apa-apa projek. Ketidak-adilan inilah salah satu pemangkin keinginan untuk berubah dengan memberikan sokongan tidak berbelah-bagi kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Walaupun penduduk kampung sedar, PKR bukanlah badan yang memerintah, namun sokongan padu tetap di peruntukkan kepada PKR oleh penduduk daerah Tenom. Walaupun juga mereka akur akan bakal adanya 'gangguan' dari pihak-pihak tertentu, namun mereka telah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal mereka hadapi. Azam dan tekad penduduk kampung ini telah tekad dan bulat untuk merakyatkan perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Di akhir pertemuan ini, sorakan reformasi bergema di perkarangan Hotel Perkasa menyerlahkan tekad mereka untuk melakarkan suatu perubahan yang selama ini telah lama mereka impikan, Kata Jampin, "Kami tahu dalam PKR/Pakatan Rakyat tidak ada kroni, kami benci kroni-kroni wakil rakyat BN sahaja yang selama ini didodoi oleh semua wakil rakyat BN di daerah Tenom ini, kami ini siapa? Kami adalah pengundi yang menentukan Kerajaan, kami bukan boneka yang hanya perlu semasa PRU sahaja." Jampin dengan marah berkata, "Walau apapun keputusan PRK Hulu Selangor dan Sibu Sarawak ia tidak akan mengubah keputusan kami untuk keluar dari UMNO dan walau apapun propaganda dalam TV UMNO/BN kami tetap menganggap itu semua Dato’ Najib main wayang sahaja, kami cukup tahu taktik kotor UMNO, bila ada sahaja pilihanraya maka barulah ada lawatan Menteri dan barulah ada projek, itupun kroni yang dapat kontrak." |
Sabtu, 15 Mei 2010
RAMAI AHLI UMNO ‘SERBU’ PKR TENOM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan