TV SELANGOR
Jika rakyat Sibu, Sarawak berani menolak Barisan Nasional (BN), Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sabah, Ahmad Thamrin Jain yakin pengundi Sabah yang selama ini mewarnai kanvas politik dengan pertukaran kerajaan, pasti akan menyertai gelombang tsunami politik.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau menyifatkan rakyat Sabah sudah lama memerhati senario politik tanah air dan ternanti-nanti gelora tsunami politik yang kini sudah menyeberang Laut Cina Selatan.
Buat pertama kali, calon pembangkang menang pada pilihan raya kecil di Sarawak apabila Wong Ho Leng dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Sibu walaupun Parlimen ini dianggap kubu kuat BN.
Thamrin yakin kejayaan Pakatan Rakyat di Sarawak pasti memberi kesan besar terhadap politik di Negeri Bawah Bayu ini.
“Kita yakin ini satu gambaran, ertinya kebangkitan rakyat yang berkehendakkan perubahan. Saya yakin reaksi Sabah lebih hebat dari Sarawak. Ini kerana berdasarkan sejarah politik, Sabah ini biasa untuk menukar pemerintah.
"Jadi, kita yakin rakyat Sabah akan menyertai arus perubahan yang berlaku di seluruh negara,” katanya.
Lebih-lebih lagi penerimaan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat meningkat dari masa ke semasa. Pendek kata, rakyat Sabah sudah bersiap sedia melakukan perubahan politik pada pilihan raya umum akan datang.
“Atas dasar kesedaran ini, rakyat lebih fokus untuk menyokong Pakatan Rakyat bagi menyumbang kepada perubahan pemerintah di peringkat nasional,” katanya, apatah lagi Sabah sarat dengan lambakan isu panas.
18 ulasan:
Sudah lama? Brapa lama tu? kalau setakat politicize rumput belum potong, sampah tak dipungut & sebagainya tu makanan pembangkang la...Masalah dalaman pembangkang di sabah belum selesai, lebih baik mereka menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum melobi untuk diundi pada PRU akan datang...
tunggu dan lihat la pada PRU13 nanti...sama ada betul atau tidak, jawapan nya pada kertas undi PRU13...
memang sabah memerlukan banyak perubahan, namum ini tidak bererti sabah memerlukan parti baru untuk memerintah mereka.. bagaimanapun keputusan akan diketahui pada pilihanraya umum nanti..
kekalahan di sibu pasti menguatkan lagi jentera BN di seluruh negara. mereka akan gunakan kekalahan ini untuk meningkatkan prestasi mereka.
pembaharuan tidak semestinya dari parti baru. keputusan kerajaan menunaikan janji di Sibu walaupun kalah kepada pakatan, menunjukkan kewibawaan kerajaan sebagai pemerintah. apa-apapun, rakyat mempunyai hak memilih mana2 yang terbaik.
kekalahan BN di Sibu menjadi menjadi iktibar kepada BN unutk menguatkan lagi jentera mereka.. BN perlu memperbaiki kelemahan mereka... tahniah juga diucapkan kepada parti pembangkang atas kemenangan mereka.. keputusan pilihanraya di Sibu adalah atas pilihan rakyat sendiri dalam memilih pemimpin mereka..
Apa saja parti saya akan sokong, pastinya akan membantu memajukan negara. janganlah menentang sini, menentang sana. Nanmti betul betul tsunami datang baru tahu...
biarkan kekalahan di sibu ini berlalu.. cukuplah pihak2 yang berkenaan mengambil iktibar dan perbaiki kelemahan. isu ini tidak perlu diperbesarkan sebab takut orang luar akan memberi tanggapan bahawa politik malaysia tidak stabil.. ini boleh mengurangkan pelabur yang datang untuk melabur di Msia.
Pengundi Sibu tolak BN tidak semestinya boleh terjadi di Sabah atau mana-mana kawasan di Sarawak. Bagi saya, kerajaan yang sedia ada adalah yang stabil dan mampu membawa keharmonian kepada rakyat. Contohnya kebajikan kesihatan di Malaysia, kerajaan berbelanja banyak dalam ubat-ubatan di klinik2 kesihatan, hospital dsb. Apa lagi yang kita mahu? Tukar baju baru? Keamanan dan pemimpin kerajaan bijak, tidak berat sebelah, mampu melaksanakan tugas adalah yang terpenting untuk rakyat Sabah dan bukanlah kerap tukar-tukar kepimpinan yang hanya memporak poranda keharmonian sedia ada.
Berfikir dengan bijak adalah tanggung jawab masyarakat Sabah. Tidak perlulah masyarakat Sabah ikut jejak langkah orang lain sedangkan apa yang berlaku di Sabah berbeza dari tempat lain. Sebenarnya yang selalu menimbulkan masalah ialah pemimpin yang telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas tetapi mengabaikan t.jawab mereka dan akibatnya bakal menimbulkan pelbagai persespsi negatif pada rakyat
hehheh.. biasalah tu Lucas, mau buat gimik dulu ba utk tarik perhatian:P
Ba, ngam la tu karaabau.. tak lama g pru13 da.. Jd, sama2 la kita tengok pa kejadiannya.. hehhe
Betul tu somboi.. Parti baru blm tentu dapat jamin sabah akan berubah sekelip mata.. Apapun smuanya terpulang pada rakyat yg p mengundi nanti.. Sekarang ni, saya cuma harap kerajaan akan terus berusaha bangunkan rakyat :)
Saya pun fikir cam tu 2718..
BN pasti akan lebih berusaha utk buktikan mereka adalah yg terbaik utk rakyat.
Kalah di sibu tak bermakna gagal kan.. hehhee
Ya uranglama.. Kpd BN teruskan berusaha krn rakyat hanya mahu lihat parti ni kotakan semua janji mereka.. So lakukanlah yg terbaik utk tarik kepercayaan rakyat semula..
Kpd pembakang yg da menang tu, saya mahu tengok juga apa yg dorang boleh buat di sibu :P
No worries POP.. Sabahan dah matang ba.. rasanya tsunami takkan berlaku la..
Ya Neorina.. Apapun semuanya terpulang pada kita sendiri, sebab kita yg p mengundi nanti...
Asalkan kerajaan/umno/bn buktikan yg dorang memang utamakan rakyat (mcm slogan 1malaysia), konpom rakyat akan terus bagi sokongan penuh.
Catat Ulasan