Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU: Para pengundi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak, diingatkan tidak mengulangi kesilapan lalu yang memilih calon Barisan Nasional (BN) sehingga nasib mereka tidak terbela sehingga hari ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) ketika ditemui memberitahu pengundi Sarawak juga perlu menjadikan contoh kegagalan BN dalam mentadbir sama ada di Sarawak atau peringkat negara sebelum membuat pilihan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang bakal berlangsung 16 Mei ini. Katanya, penafian royalti minyak oleh kerajaan BN kepada Kelantan, perlantikan APCO Word Wide dari Israel sebagai penasihat negara, kelulusan judi bola sempena Piala Dunia 2010 dan berbagai lagi perlu dijadikan contoh kegagalan kerajaan hari ini. “Apa yang wajar rakyat perlu memilih calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu memandangkan ianya telah berjaya mentadbir beberapa buah negeri selain Kelantan. “Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sudah cukup membuktikan rakyat terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau bagaimanapun yakin pengundi di Sibu, Sarawak begitu pandai menilai serta tidak mudah termakan janji kerajaan yang sering digunakan setiap kali tibanya pilihan raya. Tambahnya, apa yang penting kebajikan rakyat tetap akan diutamakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana di empat buah negeri tersebut. PRK Parlimen Sibu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Rakyat daripada DAP, Richard Wong Ho Leng, Robert Lau Hui Yew (BN) dan Narawi Haron (Bebas). Terdahulu, beliau menyampaikan kunci rumah dhuafat kepada seorang penerima Siti Esah Daud di Kampung Baung dalam Dun Panchor hari ini. Siti Esah menerima rumah sumbangan kerajaan negeri bernilai RM35,000 berbanding sebelum ini hanya RM28,000 memandangkan harga bahan binaan semakin meningkat. |
Khamis, 13 Mei 2010
Pengundi Sibu jangan ulangi kesilapan lalu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan