oleh : Team IT Pemuda Dun Sura
Dungun - Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) hari ini berjaya menganjurkan demontrasi aman bagi mendesak kerajaan Malaysia menamatkan segera kontrak APCO Worldwide atas dasar menjaga masa depan negara ini dari terus dicatur oleh pihak asing.
Himpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Nyiur itu dihadiri lebih 200 orang.
Laungan 'Undur APCO' dan 'Jahanam Israel' bergema di perkarangan masjid tersebut yang terletak di laluan utama Dungun - Paka itu.Mereka juga membawa sepanduk yang tertera antaranya 'BN-APCO ancam keselamatan negara','UMNO agen Yahudi','Selamatkan Malaysia'.
Himpunan yang diketuai oleh Ketua Penerangan DPPKD yang juga Ketua Penerangan DPPNT, Sheikh Hanafi Abd Aziz itu turut disertai Timbalan Ketua DPPNT,Ust Wan Sukhairi yang turut berucap memanaskan suasana.
Sebelum bersurai kira-kira jam 2.30 petang, para pemuda membakar bendera Israel sebagai simbolik membantah 'penjajahan' Yahudi ke atas kerajaan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan