KUALA LUMPUR : Rakyat Perak masih menanti pelaburan berskala besar yang berjaya ditarik pada tahun lalu dengan pembukaan hab pengeluar dan pengedaran produk bijih besi di Manjung bernilai kira-kira RM8.5 bilion oleh firma pengeluaran produk bijih besi, Vale yang berpengkalan di Brazil yang masih samar atau hakikatnya ‘indah khabar dari rupa’.
"Ini tidak langsung menggambarkan keyakinan kemasukkan pelaburan tempatan atau asing ke Negeri Perak, terutamanya pelabur-pelabur asing yang masih tidak berkeyakinan terhadap pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini.
"Pelaburan berskala besar yang diumumkan oleh Datuk Hamidah Osman jelas tidak jujur terhadap gambaran hasil pelaburan yang sebenarnya," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan dalam kenyataan medianya.
Beliau yang mewakili Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan pengumuman yang akan dan bakal diumumkan nanti kerana pengesahan yang sebenarnya hanya akan dilaporkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada akhir tahun.
"Jika pelaburan asing masih menurun, ini membuktikan ketidak mampuan dan hilangnya keyakinan pelabur asing yang ingin meneruskan pelaburan mereka di Perak," tegas beliau.
Bagi DPPN Pk, kayu ukur dan pencapaiannya dinilai berdasarkan sistem kuasa pentadbiran kerajaan yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Perak menjadi pertikaian dari sudut Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia malah di peringkat antarabangsa sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan