Isnin, 24 Mei 2010

Pakatan bincang pelan tawan Sabah, Sarawak bulan depan

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR — Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan pertemuan mereka bulan depan untuk membincangkan strategi untuk menawan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN), kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata, keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu baru-baru ini dengan sendiir menunjukkan kedua-dua negeri itu tidak boleh lagi dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kata beliau, satu pengertian penting keputusan pilihan raya kecil Sibu ialah BN tidak boleh memandang mudah kedudukannya di Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menambah, kemenangan tempoh hari telah menyediakan tapak persaingan yang sama rata bagi BN dan PR untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tsunami politik Mac 2008 merupakan pemangkin kepada usaha memecahkan penguasaan kuasa politik BN sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Keajaiban 516, di mana Pakatan Rakyat Sarawak buat pertama kali meletakkan calon PR di Sarawak dan memenangi satu kerusi yang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sebagai kubu kuat, adalah mesej jelas bahawa kemungkinan tsunami politik 308 akan muncul kembali dengan gelombang yang besar di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13,” kata Lim lagi.

Pemimpin veteran ini menambah, meskipun dinafikan berkali-kali pemimpin-pemimpin BN di peringkat nasional dan juga di Sabah dan Sarawak menyedari akan implikasi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

PR terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Kerusi Sibu dimenangi oleh wakil DAP dengan perbezaan 398 undi.

15 ulasan:

2718 berkata...

apa jua usaha atau strategi yang diambil oleh parti lawan, biarlah dengan cara yang jujur dan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat. jangan menimbulkan sebarang sengketa yang boleh dilihat oleh negara luar sebagai ketidakstabilan politik di malaysia, yang mana boleh memberi kesan kepada sektor pelancongan dan pelburan.

2718 berkata...

Pakatan tidak perlu yakin dengan melihat kepada kekalahan BN di sibu akan memberikan mereka peluang untuk menawan sabah dan sarawak. fikiran rakyat boleh berubah hanya dengan melihat kesungguhan dan kemampuan mana2 parti dalam menerajui kepimpinan di sabah. sudah tentu BN juga tidak akan berdiam diri dan pasti mereka juga mempunyai strategi untuk diketengahkan.

pagardawai berkata...

strategi pakatan yang baik sememangnya boleh menarik hati rakyat dan salah satunya ialah klinik bergerak. biasanya orang-orang kampung amat suka dengan perlaksanaan sesuatu perkara berkaitan dengan kualiti kesihatan mereka. so jentera-jentera BN sebenarnya harus bersatu dan bekerja kuat untuk bersatu teguh agar sabah tidak berjaya ditawan oleh pakatan

pagardawai berkata...

strategi politik adalah amat keji dan penuh tipu daya. masing-masing akan menggunakan pelbagai tipu muslihat dan janji-janji manis untuk menawan rakyat. so masyarakat kena bijak memilih dan membezakan antara kaca dan permata!

hulubalang berkata...

saya rasa rakyat sabah masih belum bersedia menerima kerajaan baru kerana kerajaan yang sediaada sudah memadai. di SM sendiri satu demi satu pemimpin parti pakatan keluar dari parti dan ini jelas rakyat sudah kurang percaya terhadap kepimpinan pakatan.

hulubalang berkata...

saya rasa seluruh rakyat sabah amat marah dengan perkataan 'simpanan tetap BN' kerana perkataan yang dilaung-laungkan oleh pihak pembangkang ini menghina pilihan rakyat sabah siapa kerajaan yang memerintah!

tombolo berkata...

PAkatan Rakyat semakin yakin untuk menawan sabah dan sarawak telah kemenangan mereka di Sibu. mereka mula mengatur strategi untuk menawan sabah dan sarawak. Bn harus lebih bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan mereka di di kedua negeri itu. ini merupakan satu persaingan yang kelihatan menarik. bagaimanapun kita akan tahu siapa pilihan rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

karaabau berkata...

'simpanan tetap' yang digunapakai yang melabelkan sabah dan sarawak harus dihapuskan...'simpanan tetap' ini seperti menafikan hak rakyat sabah sebagai pengundi untuk memilih..selain itu, diharap pemimpin2 sabah menggandakan usaha untuk membangunkan negeri serta menyelesaikan isu2 rakyat..PR nampaknya yakin akan peluang mereka untuk memenangi kerusi di sabah dan sarawak...apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah mendahulukan rakyat...isu2 rakyat harus diselesaikan agar tidak menjadi senjata PR dalam pihanraya akan datang.

2718 berkata...

i strongly agree with u Neorina.. kerajaan baru memerlukan masa yang lama untuk 'menyesuaikan diri'. oleh itu lebih baik kekalkan kerajaan yang sedia ada dan kita hanya perlu beri tekanan kepada mereka untuk buat improvement.

somboi berkata...

jika pakatan rakayat ingin menawan sabah dan sarawak, mereka perlu mengetahui apa rakyat inginkan, BN telah lama menduduki sabah dan sarawak. bukan mudah untuk rakyat beralih kepada kerajaan baru.

Tanpa Nama berkata...

kemenangan pakatan rakyat di Sibu telah menyakin pakatan bahawa mereka boleh menawan sabah dan sarawak pada pilihanraya umum nanti. bagaimanapun yang selama ini menguasai sabah dan sarawak semakin menguatkan jentera mereka dan mengatakan bahawa sabah dan sarawak merupakan "simpanan tetap" mereka. walaubagaimanapun permainan politik yang dimainkkan oleh kedua pihak, namun apa yang harus diutamakan adalah kepentingan rakyat. inilah kunci utama kepada kejayaan sesebuah parti politik

dave berkata...

Nak bincang apa, Pakatan Rakyat pun belum lagi didaftarkan secara Sah dengan ROS....kenyataan ini dikeluarkan untuk menunjukkan kononnya Pakatan masih lagi utuh sebagai satu entiti...tetapi hakikatnya mereka masih lagi tidak percaya antara satu sama lain kerana masih belum ada kata putus sama ada ingin mendaftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS atau tidak...PKR,DAP & PAS boleh diandaikan sebagai 'tidur dia atas bantal yg sama, tapi masing2 punya mimpi yg berlainan...

dave berkata...

Nak bincang apa, Pakatan Rakyat pun belum lagi didaftarkan secara Sah dengan ROS....kenyataan ini dikeluarkan untuk menunjukkan kononnya Pakatan masih lagi utuh sebagai satu entiti...tetapi hakikatnya mereka masih lagi tidak percaya antara satu sama lain kerana masih belum ada kata putus sama ada ingin mendaftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS atau tidak...PKR,DAP & PAS boleh diandaikan sebagai 'tidur dia atas bantal yg sama, tapi masing2 punya mimpi yg berlainan...

Paquin berkata...

Politik ba ni... apa2 boleh jadi. hhmmm

Paquin berkata...

Betul 2718.. Saya yakin kekalahan BN akan menyemarakkan lagi usaha BN utk meraih kepercayaan rakyat.
jeng..jeng..jeng.. Pru13 pasti rancak oo :)