KUALA LUMPUR: Kejadian yang membabitkan aktiviti-aktivit kongsi gelap, mengedar dadah dan jenayah seksual yang berlaku di sekolah menengah di Rawang telah mengejutkan orang ramai dan meminta polis dan pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan sekolah itu selamat sebagai tempat belajar.
Masalah yang berlaku di sekolah du Rawang yang mempunyai seramai 3,264 pelajar dan 30 guru disiplin itu telah mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau mahu pihak polis melakukan siasatan di atas dakwaan mengenai aktiviti-aktiviti jenayah di sekolah berkenaan.
Perkembangan berkaitan:
> Satu pasukan polis menemui pihak berkuasa sekolah dan melakukan siasatan termasuk kawasan di mana seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun dipercayai dirogol oleh rakan sekelas dalam tempoh tiga minggu pada bulan lepas.
> Seorang guru senior di sekolah terbabit mengakui pihak pengurusan tidak mampu berhadapan dengan pelbagai kes masalah disiplin.
> Pelajar-pelajar yang dibuang kerana pelbagai masalah disiplin kembali semula ke sekolah, seperti yang diakui oleh guru-guru mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan