KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak berkata Sime Darby Bhd perlu menentukan dahulu sebab ia mengalami kerugian RM964 juta sebelum menimbulkan isu kebertanggungjawaban.
“Kita perlu menyiasat sebab berlakunya kerugian itu terlebih dahulu. Kita tidak boleh berbuat apa-apa mengenai kebertanggungjawaban pada masa ini,” katanya, semasa diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tanggung jawab terhadap kerugian di dalam Projek Bakun perlu dikongsi oleh semua pihak yang terlibat di dalam isu itu.
Najib (gambar) berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baharu Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semasa mengumumkan kerugian berkenaan pada minggu lepas, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid untuk bercuti.
Ia melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pemangku CEO Kumpulan sementara. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan