Ahad, 23 Mei 2010

Mugilan Umum Tubuh Gerakan Anti Samy Vellu

Oleh erapakatan

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Pemuda MIC V.Mugilan, yang dipecat daripada parti itu Khamis lepas, mengumumkan penubuhan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang akan beroperasi bagi mendesak Datuk Seri S.Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden parti.

Mugilan, yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor berkata GAS akan mengadakan perhimpunan pertamanya pada Ahad depan dan menyasarkan penyertaan kira-kira 7,000 penyokong.

"GAS adalah himpunan golongan yang menentang Samy Vellu, kita akan terus mendesak sampai beliau letak jawatan dan memberi laluan kepada orang lain untuk menerajui parti.

"Gerakan ini akan disertai oleh orang yang dipecat oleh Samy Vellu, yang tak suka dengannya ataupun mana-mana ahli parti yang tak suka dengan kepimpinannya... semua orang boleh sertai GAS tanpa mengira kaum," katanya pada sidang akhbar di sini.

Khamis lepas, Mugilan dipecat daripada MIC kerana meminta Samy Vellu melepaskan jawatannya selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Surat pemecatan itu yang ditandatangani sendiri oleh Samy Vellu bertarikh 20 Mei antara lain menyebut Mugilan telah melanggari Artikel 14.2.1. dan Artikel 58(2) perlembagaan parti yang membenarkan seseorang presiden memegang jawatan sehingga tempoh penggalnya berakhir.

Mugilan berpendapat bahawa Samy Vellu, yang mula menyandang jawatan Presiden MIC pada 1979, telah mengecewakan masyarakat India dan memegang jawatan tersebut terlalu lama.

Samy Vellu, ketika berucap di konvensyen MIC Wilayah Persekutuan minggu lepas, mengumumkan bahawa beliau hanya akan meletakkan jawatan "tujuh ke lapan bulan" sebelum tempoh penggalnya berakhir pada bulan Mac 2012.


1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Hancurkan semua tongkat-tongkat umno........BIAR MAMPOSSS UMNO CELAKA.