Rabu, 19 Mei 2010

Lelaki dicekup seks dalam kereta direman

BERITA HARIAN ONLINE


TAMPIN: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang didakwa mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya di dalam kereta sebelum dibelasah bapa remaja berusia 18 tahun itu di di Felda Jelai 2 di Gemas kelmarin, direman seminggu bagi membantu siasatan atas dakwaan merogol.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Rembau mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, semalam.

“Perintah reman itu membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Suspek diserahkan kepada polis selepas ditangkap oleh bapa pasangannya dan penduduk kampung sejurus melakukan hubungan seks dalam kereta di tepi sebuah rumah di Felda Jelai 2, di sini, jam 2.45 pagi kelmarin.

Terdahulu, perbuatan lelaki itu dan pasangannya berusia 18 tahun disedari bapa gadis itu, yang kemudiannya mengumpulkan penduduk kampung menyerbu mereka dan membelasah lelaki itu.

Bagaimanapun, remaja perempuan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gemas kira-kira jam 9.00 pagi kelmarin mendakwa dirogol lelaki terbabit sebanyak dua kali.

Tiada ulasan: