Sabtu, 1 Mei 2010

Kickdefella Diseru Tunjuk Bukti RM4 Juta

TV SELANGOR


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, agar tampil ke hadapan dan mendedahkan bukti mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa kerajaan Kelantan memperuntukkan RM4 juta kepadanya untuk menjatuhkan pentadbiran bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Khalid berkata Syed Azidi juga harus menjustifikasikan jumlah RM4 juta itu kepada jumlah lawatan orang-ramai ke blognya, sehinggakan kerajaan negeri Kelantan sanggup memberi upah jutaan ringgit.

Syed Azidi semalam membuat dakwaan bahawa Kerajaan Pas Kelantan beri RM4 juta untuk memburukkan pentadbiran Abdullah.

Beliau membuat dakwaan itu selepas sumbangannya kepada parti dipersoalkan oleh Setiausaha Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

“Saya rasa mana dia dapat angka itu, perlu dia kemukakan mana dia dapat angka itu Saya merasakan amat pelik kalau dia seorang dapat RM4 juta manakala saya blogger pun tidak dapat satu sen pun dan ramai lagi blogger yang lain untuk PAS yang berusaha untuk menceritakan keburukan pentadbiran Umno BN,” katanya.

Tiada ulasan: