|
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tuduhan Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman portal berita.
Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.
"Tuduhan bahawa Umno menyokong secara tersirat mana-mana individu untuk mengepalai MIC adalah tidak bersasas," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai sahabat dalam BN, tegasnya, Pemuda Umno berharap bahawa MIC akan dapat menyelesaikan masalah dalamannya secepat mungkin untuk kepentingan bersama BN, tanpa perlu menunding jari kepada pihak lain.
Semalam, Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan Vell Paari itu sesuatu yang biadap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan