Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, akan membuat satu kenyataan tentang isu itu pada hujung minggu depan pada hari Khamis atau Jumaat di mana segala isu mengenai hal itu akan dijelaskan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan persatuan itu pada Khamis lalu supaya menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji pengawal ke tahun depan,
Penangguhan itu bagi membolehkan syarikat keselamatan merundingkan semula kontrak dengan pihak yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Ketika ditanya sama ada pihaknya sudah menerima memorandum daripada persatuan itu, Dr Subramaniam berkata: “Saya tidak lihat itu tetapi mungkin mereka sudah hantar.”
Menerusi kenaikan gaji ini, kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok antara RM1,100 dan RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 peratus dan 75 peratus mulai 1 Julai ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan