Monday, May 3, 2010

Kebebasan Media Dihakis Telunjuk Akta, Kerajaan Pemerintah

TV SELANGOR

KUALA LUMPUR : Kebebasan media yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia semakin hari semakin buruk berikutan pelbagai sekatan yang dikenakan kerajaan pemerintah ke atas pengamal media, baik media alternatif mahupun arus perdana.

Hal ini semakin kronik apabila campur tangan turut melibatkan individu yang ada kaitan dengan pemimpin kerajaan pemerintah, ditambah pula elemen undang-undang yang acap kali memerika parti pemerintah.

Sedangkan, mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, rakyat berhak untuk menyampaikan sebarang maklumat, pendapat atau cadangan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kewujudan pelbagai akta antaranya Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta Akta Rahsia Rasmi menghalang pengamal media bersuara sekali gus menyekat rakyat dari memperoleh maklumat sahih.

Sempena Hari kebebasan Media Sedunia, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) menganjurkan forum bagi membincangkan isu sekatan terhadap media di negara ini.

Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakah Daily menceritakan pengalaman penerbitan Harakah dihalang Kementerian Dalam Negeri, malah beliau sendiri diheret ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada 2000.

"Ia bermula pada 12 Januari 2000 apabila saya dibawa ke mahkamah. Kenapa dia berlaku 2000? Kerana pada 1999, Harakah menjadi antara akhbar paling popular di Malaysia dengan lebih 400,000 cetakan setiap keluaran," katanya.

Pengalamannya berdepan suasana sedemikian tidak berakhir begitu sahaja sebaliknya ia terus berlarutan dan turut dialami pengamal media lain termasuk di kalangan media arus perdana.

"Menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini, wartawan kanan NTV 7 meletak jawatan. Kerana tekanan dari pejabat Perdana Menteri (PM) dan orang rumah PM sendiri. Sebelum itu, NTV7 dibersihkan dari penyokong Pak Lah.

"Ketua Pengarangnya, Mokhsin Abdullah hilang jawatan kerana bertukar Perdana Menteri. Selepas itu penerbit Mandarin TV2 mengalami nasib sama. Rancangan mengenai orang Asli disekat kerana takut memberi kesan kepada pilihan raya Sibu tak lama lagi," kata Zulkifli.

Panelis lain, Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi pula menyatakan tidak ada sebarang penarikan undang-undang berkaitan kebebasan media dilakukan sepanjang 52 tahun kemerdekaan Malaysia.

Walaupun secara prinsip, katanya, Perlembagaan persekutuan membenarkan seseorang mencabar keputusan menteri di mahkamah, namun ia tampak mustahil berlaku di negara ini.

Beliau merujuk kepada kes penerbitan ahkbar Aliran yang tidak diberi permit untuk menerbitkan kan ahkbar berbahasa Melayu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid.

Aliran membawa kes ke mahkamah pada 2 September 1987, namun keputusan mahkamah akhirnya menyelelahi kerajaan pemerintah.

"Sepanjang 52 tahun, tiada satu pun undang-undang berkaitan media diubah," katanya.

No comments: