Khamis, 13 Mei 2010

Karpal Dakwa Saiful Berbohong

SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR - Peguam bela Karpal Singh yang mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Saiful Bukhari Mohd Azlan berbohong benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman berita Malaysiakini.

Karpal kemudian menyerahkan laporan Malaysiakini bertarikh 15 Ogos 2008 kepada Saiful.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana mendakwa meragui laporan portal berita tersebut.

Tetapi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan Saiful membaca secara perlahan.

Bagaimanapun, Saiful mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat ketiga di laporan itu iaitu pada ayat "pertama kali diliwat".

Kepada soalan Karpal Singh, adakah beliau memberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan.

Laporan bertarikh 15 Ogos 2008 ini adalah berdasarkan sidang akhbar yang diadakan oleh Saiful selepas beliau bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Berikut transkrip wawancara wartawan Malaysiakini dengan Saiful.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Karpal kemudiannya terus mengasak Saiful.

Karpal: Adakah bahagian lain artikel itu betul?

Saiful: Jangan ugut saya.

Karpal: Yang lain benar? Mengapa awak begitu takut?

Saiful: Saya tidak boleh mengesahkan ia betul. Saya tidak boleh mengesahkan artikel itu 100 peratus betul.

Berikut beberapa sedutan perbicaraan selepas itu.

Karpal: Awak mandi pada Jun 26?

Saiful: Saya mandi pagi.

Karpal: Ada awak mandi serta cuci 'anus' selepas kejadian?

Saiful: Saya bilas.

Karpal: Kenapa tak cuci?

Saiful: Saya mahu simpan bukti.

Karpal: Kenapa tak buat laporan polis masa 26 haribulan?

Saiful: Tidak.

Karpal: 27 haribulan, kenapa tak 'lodge report'?

Saiful: Saya takut ia akan 'affect' masa depan saya.

Karpal dalam soal balasnya berkata Saiful juga berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib untuk mengadu yang beliau diliwat.

Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lepas memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib untuk menceritakan masalah untuk pinjaman MARA untuk meneruskan pengajian dalam kursus penerbangan.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.


Tiada ulasan: