| BERNAMA | ||
| |
Beliau berkata, ada kebaikannya jika IGSO mengenai penggunaan senjata itu didedahkan kepada umum kerana orang ramai akan tahu bagaimana polis menggunakan senjata api semasa menjalankan tugas.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai tidak boleh lagi menyalahkan polis jika pasukan keselamatan itu bertindak sedemikian selepas ini, sekiranya seseorang itu didapati melanggar undang-undang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan panel khas memantau siasatan ke atas insiden seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis pada 26 April lalu, supaya IGSO mengenai penggunaan senjata api dimaklumkan kepada orang ramai.
"Orang ramai perlu menjaga tingkah laku mereka dan menghormati undang-undang. Apabila anda sudah tahu bagaimana kami menjalankan tugas kami berdasarkan IGSO, jadi anda boleh jangkakan apa akan berlaku jika anda tidak mematuhi undang-undang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan