Isnin, 24 Mei 2010

Ibu Minta Suruhanjaya Ditubuhkan Siasat Kematian Anak

BERNAMA

JOHOR BAHARU: Seorang ibu hari ini meminta satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian anaknya akibat ditembak polis selepas dipercayai terlibat dengan jenayah ragut, 20 Oktober tahun lepas.

Sapiah Elah, 52, dari Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, berkata pihakberkuasa masih tidak memberikan penjelasan dan siasatan terperinci mengenaikematian anak lelakinya, Mohd Afham Arin, 18, walaupun kejadian terbabit sudah berlaku tujuh bulan lepas.

"Saya tidak berpuas hati kerana polis juga cuba menipu saya denganmengatakan anak saya masih hidup apabila saya tiba di Balai Polis Seri Alamsedangkan dia sudah meninggal dunia akibat ditembak polis pada awal pagi, 20Oktober itu.

"Saya juga amat kesal kerana terpaksa menunggu lama untuk berjumpa KetuaJabatan Siasatan Jenayah Johor dan menuntut jenazah anak saya di HospitalSultanah Aminah," katanya kepada pemberita pada satu pertemuan yang diaturkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor, di sini, hari ini. Sapiah mendakwa Mohd Afham, yang menunggang motosikal bersama pembonceng,Mohd Firdaus Marsani, 19, seorang anak yang baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini. Sehubungan itu, dia meminta Kementerian Dalam Negeri memandang seriuskejadian terbabit dan mengharapkan suruhanjaya yang ditubuhkan itu dapatmembersihkan nama Mohd Afham yang didakwa polis sebagai terlibat dengan 25 kes samun.

Sementara itu, Mohd Firdaus yang menuntut keadilan, turut menyangkal dakwaanpolis yang mengatakan dia melibas pihak berkuasa dengan parang lalu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menceritakan kejadian tembakan itu, Mohd Firdaus berkata, dia bersama MohdAfham dikejar tiga lelaki menaiki motosikal di kawasan Taman Johor Jaya selepas selesai menikmati makan malam.

Katanya disebabkan rasa takut kerana ketiga-tiga lelaki tersebut hanyaberpakaian biasa dan tidak menunjukkan kad kuasa, Mohd Afham terus memecutmotosikalnya menghala ke Pasir Gudang sambil dikejar ketiga-tiga lelakiterbabit.

"Apabila tiba di satu selekoh berhampiran jambatan menuju ke Seri Alam, sayaterdengar satu das tembakan dari arah belakang sebelum disusuli dua lagitembakan lain yang menyebabkan motosikal yang kami naiki terjatuh," katanya yang berpeluang melarikan diri selepas terjatuh di dalam semak.

Mohd Firdaus menegaskan, dakwaan mengatakan dia melibaskan parang adalahtidak benar sebaliknya kematian Mohd Afham yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Ledang dan sedang menjalani latihan amali di Larkin, di sini, adalah disebabkan kecuaian polis dalam menjalankan tindakan.

Katanya dia sudah memberikan keterangan kepada polis mengenai kejadian itupada Januari lepas, namun, sehingga kini masih tidak menerima sebarangmaklumbalas dari pihak berkuasa. -

Tiada ulasan: