Rabu, 26 Mei 2010

Hisham: Kabinet tak bincang pemotongan subsidi

Joseph Sipalan



Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan rancangan kerajaan untuk memotong subsidi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Perkara itu tidak dibincangkan,” kata Hishammuddin ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters lewat petang ini, yang memetik sumber, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini ada membincangkan perkara berkenaan tetapi tidak memutuskan berhubung methodology ataupun menetapkan jangkamasanya.

Menurut laporan itu, keputusan kerajaan tidak dijangkakan dalam masa terdekat ini.

“Kita masih terpaksa menunggu maklum balas daripada orang ramai dan membincangkan lanjut bagaimana cadangan berkenaan boleh diselaraskan sebelum dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Reuters.

Kos subsidi negara ini mencecah RM74 bilion tahun lalu manakala kadar defisit dicatatkan pada kadar paling tinggi sejak 20 tahun lalu.

10 ulasan:

2718 berkata...

buat masa ini kita tidak perlu risau.. kerajaan masih belum meluluskan cadangan ini kerana masih menunggu maklum balas dari orang ramai yang majoritinya menentang.

Tanpa Nama berkata...

pendapat orang ramai perlu diambil sebelum kerajaan memotong subsidi barangan harian. ini kerana ia melibatkan beban hidup rakyat jika subsidi ini dipotong.

hulubalang berkata...

walaupun pemotongan subsidi tidak dibincang dalam kabinet dan kerajaan belum ada hasrat memotong subsidi bagi mengurangkan defisit belanjawan negara...semua rakyat harus berwaspada dengan kenaikan harga barangan yang sedikit masa lagi akan berlaku. para peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan sewenang2nya juga harus dipantau dari masa ke semasa...

tombolo berkata...

pemotongan subsidi boleh menambahkan lagi beban hidup rakyat terutamnya golongan berpendapatan rendah. tp jika kerajaan tidak memotong subsidi ini, beban kerajaan jug semakin bertambah terutamanya semasa kegawatan ekonomi. oleh itu pemberian subsidi harus diberi kepada golongan tertentu sahaja seperti golongan berpendapatan rendah.

POP berkata...

Skipping the topics huh? Well, since they didn't make conclusions, we'll just wait and see..

Tanpa Nama berkata...

belum lagi diluluskan samada pemotongan subsidi akan dilakukan. jika ia dilakukan ia akan menyumbang kepada kenaikan harga barang. kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi mengurangkan beban rakyat seperti memberi bantuan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah sahaja.

Paquin berkata...

Janganlah terlalu beranggapan -ve kerana fikiran sedemikian lah yang akan mengeruhkan lagi suasana. Kalau kerajaan belum putuskan maksudnya belum la ba tu...

Paquin berkata...

Pemotongan subsidi ni mmg tak dinafikan mengundang pelbagai reaksi terutamnya yg -ve la. Tapi bagilah ruang utk kerajaan buat kajian sedalam mungkin akan hal ni. Saya yakin kerajaan pasti akan buat keputusan yg terbaik utk semua pihak.

Paquin berkata...

Kalaupun subsidi akan dipotong, saya harap kerajaan akan cari jalan lain supaya pemotongan subsidi ni tak terllau menyusahkan rakyat. Maklum ja lah bukan semua rakyat kaya raya...

p/s potong subsidi tapi kasi naik gaji rakyat, boleh ka??? hehhehee

Paquin berkata...

apapun saya harap kerajaan akan mempertimbangkan suara rakyat sebelum memutuskan sesuatu keputusan :)