KUALA LUMPUR: Dr Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan menamakan pengarang Mohd Hassan Mohd Noor dan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamil Ibrahim sebagai defendan.
Timbalan Presiden PKR itu mendakwa artikel pada 6 Mac, Utusan Malaysia yang berjudul ‘RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis’ adalah berunsur fitnah.
Artikel yang dipetik dari sebuah blog mendakwa Syed Husin telah dibeli oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibayar RM500,000 bagi membubarkan Parti Rakyat Malaysia (PRM), di mana beliau adalah presiden dan kemudiannya menyertai PKR.
Syed Husin mendakwa Zamil pada atau sebelum 6 Mac bercakap kepada seorang wartawan Utusan Malaysia, dan artikel berkenaan membayangkan beliau terlibat dengan kegiatan rasuah.
Beliau juga mendakwa artikel berkenaan membawa maksud bahawa dia telah melakukan kesalahan jenayah yang membawa kepada hukuman penjara.
Artikel itu juga dikata mengambarkan seolah-olah Syed Husin seorang hiprokit dan tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan – rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak menjadi timbalan presiden PKR.
Dr Syed Husin juga mendakwa penerbitan artikel itu telah memburukkan nama baik, kredibiliti dan reputasinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan