Thursday, May 27, 2010

Dr M: Ada isu M'sia-S'pura belum selesai

MALAYSIA KINI



Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak mempunyai banyak kerja untuk diselesaikan sebelum boleh menganggap rundingannya dengan Singapura, tempoh hari, berjaya.

"Saya belum kenal pasti kebaikan dan keburukan. Saya, pada mulanya, agak semua masalah dapat diselesaikan, tapi ada masalah nampak tidak disentuh," katanya.

Antara yang masih belum diselesaikan, katanya, termasuk isu bekalan air ke Singapura selepas 2011, potongan gaji daripada pekerja Malaysia di Singapura untuk disalurkan ke Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF) dan juga pembinaan jambatan ketiga ke republik itu.

Dr Mahathir yang mengakui bahawa beliau belum meneliti perjanjian yang dimeterai itu, berkata beliau berharap Najib akan menyelesaikan masalah yang berlarutan.

"Yang lainnya saya masih kaji sama ada tepat dengan Butir-butir Perjanjian (PoA) yang telah dibuat," katanya ketika diminta mengulas persetujuan membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjung Pagar, Singapura, dan memindahkan stesen KTM dari situ ke Woodlands.

Beliau berkata d

emikian kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Meniti Hari Tua Secara Sihat di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Mahathir beliau berharap lawatan tiga hari Najib ke Singapura Sabtu lalu telah dapat menyelesaikan semua masalah terutamanya berkenaan isu jambatan memandangkan lalu lintas di Tambak Johor semakin sesak.

No comments: