BERNAMA
SUNGAI SIPUT - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menunggu laporan terperinci daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) sebelum mengambil tindakan berhubung laporan agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis.
Beliau berkata PAC akan menyiasat perkara itu dan akan membentangkan hasil siasatan kepadanya.
"Tahniah kepada PAC yang menjalankan tugas dan tanggungjawab. Nampaknya mereka (PAC) mula bergerak," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Kompleks Pentadbiran dan Pusat Transit Kesihatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Daerah Kuala Kangsar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Zambry diminta mengulas kenyataan Pengerusi PAC Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar semalam bahawa beliau akan memanggil ketua agensi dan jabatan berkenaan untuk mendapatkan penjelasan dan perincian perbelanjaan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan