KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Sulaiman Samad meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di Bukit Rahman Putra di sini harii ini.
Allahyarham berusia 58 tahun.
Pembantu peribadi ADUN Paya Jaras ketika ini, Noridin Saad berkata, Allahyarham menjadi ADUN kawasan itu selama sepenggal mulai tahun 1999 hingga 2004 turut menghidap penyakit diabetes dan buah pinggang.
"Awal pagi ini, Allahyarham mengadu sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir di rumahnya.
"Berikutan itu, keluarga Allahyarham tidak sempat menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah ADUN Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor.
Noridin memberitahu, Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak hasil perkahwinan dengan dua orang isteri iaitu Umi Kalthum Ilyasa dan Norizah Abu Hassan.
Menurutnya, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Al-Ikhwan di Bandar Baru Sungai Buloh sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan